~Fi Ayyi Ardhin Taskun Fa Hunaka DAkwatun Tubna~
There was an error in this gadget

Wednesday, August 12, 2009

TIADA SESUATU SETELAH SEMPURNA KECUALI BERKURANG

TIADA SESUATU SETELAH SEMPURNA KECUALI BERKURANG

Kita berjumpa lagi
Tetapi kali ini adalah mungkin yang terakhir untuk saya membebel di blog ini..
After this, maybe there will be no more new post in a short time..
Untuk kali yang terakhir ini..
Marilah sama2 kita merenung firman Allah dalam Quran..
اليوم اكملت لكم دينكم واتممت عليكم نعمتي ورضيت لكم الاسلام دينا
Maksudnya.. pada hari ini Aku telah sempurnakan agamamu wahai Muhammad dan aku telah sempurnakan juga nikmat Ku kepada mu wahai Muhammad dan Aku redha Islam sebagai agamu..
Setelah ayat ini diturunkan, semua sahabat merasa sangat gembira dan bersyukur kerana agama Islam sudah sempurna dan lengkap. Akan tetapi Abu Bakar seorang sahaja yang sedih dengan penurunan ayat ini..
Sahabat lain lalu bertanya kenapa engkau bersedih wahai Abu Bakar? Lalu beliau menjawab dengan sedihnya… setelah agama ini telah selesai, maka tugas Rasulullah saw dalam menyampaikan kepada ummatnya juga akan selesai. Mendengar jawapan itu, para sahabat pun sedar akan hakikat sebenar.itulah keistimewaan Abu Bakar berbanding sahabat2 yang lain. Setelah beberapa hari berlalu, Baginda saw jatuh sakit dan akhirnya wafat..
Namun ada pendapat lain yang mengatakan ayat lain yang akhir sekali diturunkan..
Kaitan dengan tajuk yang saya ingin katakan..
Cuba bandingkan sesorang yang memperolah keputusan yang sangat cemerlang. Pointer 4.0.. tiada baginya selepas ini kecuali berkurang. Kecuali dia berusaha untuk maintain kedudukannya itu dengan cekal dan tabah.
Begitu juga dalam kehidupan keluarga dan harian kita. Kita sayang semua orang di sekeliling kita. Mak kita. Ayah kita. Adik-beradik kita and even siapa sekalipun, persoalannya? Adakah kasih sayang kita mampu menghalang kita untuk berpisah dengan orang yang kita sayang tadi. Kita saling sayang antara satu keluarga dengan sempurna. Akan tetapi siapa yang mampu menghalang jika takdir yang memisahkan kita. Kematian. Ingat lah, tiada yang sesuatu setelah sempurna kecuali berkurang.
Sebagai hamba, kita hidup mempunyai banyak tujuan. Tujuan kita hidup adalah untuk beribadat kepada Allah dan juga sebagai khalifah. Dalam kita beribadat kepada Allah kita juga bertanggungjawab sebagai khalifah memakmurkan alam ini dengan baik. Mengajak manusia ke arah kebaikan. Ajak manusia ke arah kebaikan. Ajak manusia ke arah kebaikan. Tugas kita, tapi setengah manusia ada yang tidak memahami tujuan kita mengajak mereka. Tiodak mengapa lah.
Kita hanya mengajak tapi yang memberi hidayat adalah Allah. Kita tidak boleh. Cuba ingat kisah bapa saudara Nabi saw. Abu Talib, puas Nabi saw ajak untuk masuk Islam. Baginda hanya mampu ajak bapa saudaranya untuk masuk Islam tapi baginda tidak mampu memberi hidayat kepada bapa saudaranya juga. Akhirnya, bapa saudaranya mati dalam keadaan tidak beriman kepada Allah..

Ok. Setakat ini je. Saya xlarat nak fikir la. Xleh fokus. Serabut. Ni yang last, tugas saya juga dah selesai, jadi saya nk undur diri dulu..
After this, maybe there will no more new post in this blog.

saya akan kurangkan kemunculan saya di blog ini sedikit demi sedikit
sebab tugas asya dah selesai
selamat tinggal kapada semua yang sudi baca blog yang xseberapa ini
terima kasih kerana sudi berkongsi cerita ini.
saya akan "berehat" panjang selepas ini
pergi jauh
salam

1 comment:

  1. nak g ke mana ni...klau ya pun merajuk janganlah sampai tak nak membebel di blog lagi..nanti orang jauh rindu nak baca bebelan pih..go on my brother...caiyok..caiyok

    ReplyDelete