~Fi Ayyi Ardhin Taskun Fa Hunaka DAkwatun Tubna~

Friday, December 18, 2009

Kerana Dirimu Seorang Wanita

1 . Bulu kening
Menurut Bukhari " Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur (menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening) "

Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari

2 . Kaki ( tumit kaki )
" Dan janganlah mereka ( perempuan ) membentakkan kaki ( atau mengangkatnya) agar diketahui perrhiasan yang mereka sembunyikan "

An-Nur : 31

a ) menampakkan kaki
b ) menghayunkan / melenggokkan badan mengikut hentakkan kaki

3 . Wangian
" Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya , maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina "

Riwayat Nasaii , Ibn Khuzaimah dan Hibban

4 . Dada
" Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka "

An-Nur : 31

5 . Gigi
" Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya "

Riwayat At-Thabrani


" Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya
supaya menjadi cantik ,yang merubah ciptaan Allah "
Riwayat Bukhari dan Muslim

6 . Muka dan leher
" Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang Jahilliah yang dahulu "
a ) bersolek ( make-up )
b ) menurut Maqatil : Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah

7 . Muka dan Tangan
" Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis . Sabda Rasullulah :
Wahai Asma ! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja "

Riwayat Muslim dan Bukhari

8 . Tangan
" Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya "

Riwayat At Tabrani dan Baihaqi

9 . Mata
" Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya "

An Nur : 31


“ Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya . Kamu hanya boleh pada pandangan yang pertama , ada pun pandangan seterusnya tidak dibenarkan "
Riwayat Ahmad , Abu Daud dan Tirmidzi

10 . Mulut ( suara )
" Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya , tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik "

Al Ahzab : 32

" Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain , iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi
perempuan , maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi "

Riwayat Ibn Majah

11 . Kemaluan
" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin , hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka (jangan berzina) "

An Nur : 31

" Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu , puasa di bulan Ramadhan , menjaga kemaluannya (tidak berzina) dan menta'ati suaminya , maka masuklah ia kedalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya "

Riwayat Al Bazzar

" Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan dirumah suaminya , melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah "

Riwayat Tirmidzi , Abu Daud dan Ibn Majah


12 . Pakaian
" Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan dihari akhirat nanti "

Riwayat Ahmad , Abu Daud , An Nasaii dan Ibn Majah

" Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat . Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya "

Riwayat Bukhari dan Muslim

a ) Berpakaian tipis / jarang
b ) Berpakaian ketat / membentuk
c ) Berpakaian berbelah / membuka bahagian-bahagian tertentu

" Hai Nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu , anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab ( baju labuh dan loggar ) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak diganggu . Allah maha pengampun lagi maha penyayang "

Al Ahzab : 59

13 . Rambut
" Wahai anakku Fatimah ! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu
menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya "

Riwayat Bukhari dan Muslim

" Bagi wanita-wanita yang memelihara dirinya dan menta'ati suaminya , segala makhluk, burung yang terbang , ikan dilaut , malaikat dilangit , matahari dan bulan dan lain-lain memohon keampunan Allah untuknya "

Sunday, November 8, 2009

Friday, November 6, 2009

Ku Menjadi Lebih Tabah

Sejak peristiwa itu terjadi..
Ku rasa..
Aku semakin tenang..
Tanpa tekanan..tanpa runsing lagi
Tidak perlu fikirkan banyak hal
Kerna sebelum ini, banyak yang ku fikirkan
Selepas ini, ku kembali bebas..
Ke mana saja ku pergi,
Tiada sape yang patut ku peduli..
Ku telah kembali ke zaman permulaan ku..
Ianya berulang kembali..
Inilah saat yang ku nantikan..
jiwa ku tenang..
seperti dulu..
Aaaahhh..segar. tenang...
Aku bebas..
Aku boleh hidup sendiri..
Tanpa pertolongan sesiapa..
Tanpa belas kasihan dari sesiapa..
Inilah jalan ku..
Jalan yang ku pilih..
Mudahan2..inilah jalan yang lurus..
Jalan para nabi dan rasul, auliya' dan syuhada'
Serta jalan orang2 saleh..orang yang engkau bagi nikmat kepadanya..
Golongkan aku dalam golongan yang berada di jalan ini, jalan yang Engkau redhai..
Amin...
Bersyukurlah...
Alhamdulillah...

Wednesday, November 4, 2009

Mana Kak aku ni, ke mana la dia menghilang..

Ata gambar hari tu ambik dah ko?
Ada dalam emel kot,
cepat la download..

pah nak tengok..
kato rindu..hahaha

Perasaan malu pada mu...

Malu rasanya bila berhadapan dengan mu
Terasa hinanya diri ku ini..
Tak tertanggung sudah..
Terima Kasih, kerana ku tahu
Pintu mu sentiasa terbuka untukku...
Kau lah tempat ku mengadu segalanya..
Ku berduka dalam gembira..
Yea, ku gembira sebenarnya
Sekian terima kasih...

Monday, November 2, 2009

Saturday, October 31, 2009

Monolog sore

Patut ku teruskan..or
Ku biarkan saja..
Itulah perkara yang bermain di fikiranku
Kadang-kadang ku rasa perasaan yang sungguh indah
Perasaan yang indah itu hanya sementara..
Perasaan yang indah itu hanya mainan semata2
Ku renung kembali ke dalam lubuk hatiku
Betul ke aku?..aku ke?
Is’t me?
Huh…mengeluh..tidak tahu jawapannya
Beginikah diriku sebenarnya..
Aku kenal tak siapa diriku yang sebenarnya?
Siapa aku?
Tiada jawapan dari hatiku..
Siapa nak jawab untuk ku..
Minta tolong..tapi dengan siapa
Siapa yang mahu tolong aku..
Aku keseorangan..yea, keseorangan..
Ku baringkan tubuhku..
Ke pejamkan mataku..
Ku bayangkan wajah ku..seluruh tubuhku..
Ku bayangkan mata ku, telinga ku, hidung ku..
Tangan ku, kaki ku..seluruh anggota tubuh ku..
Dan…ku gosokkan lembut hatiku..
Untuk ape Allah ciptakan ini semua untuk ku
Cukup lengkap, sempurna..percuma..tanpa minta bayaran sedkit pun..
Tuhan Maha Kaya kepada hamba Nya..
Ku bukakan mata ku..
Perlahan2…
Sekarang ku sedikit mengerti..
Aku manusia..
Makhluk ciptaan Tuhan..
Cukup sempurna dengan akal..
Istimewa..kenapa ku tidak manfaatkan semua ini..
Ke mana telah ku guna semua nikmat Allah ini..
Adakah ku lupa tujuan asal kejadian aku?
Tujuan ape aku hidup..
Suka2? Berfoya2? Exam dapat markah tinggi? Dean’s list?
Betul ke ape yang aku buat sekarang ni..
Ape aku buat sekarang?
Belajar…yea.. aku sedang belajar.. di UIA..
Adakah aku sekadar belajar?
Pagi petang siang malam belajar…
Sampai lewat malam..kul 2,3
Mana tanggujawab aku dengan Tuhan aku..
Adakah aku lupa?
Di lupakan dengan mainan dunia?
Ape aku nak bawa masuk kubur nanti??
Ape? Ape?
Aku nak bawa dean’s list ke?
Nak tunjuk kat Allah dean’s list..
Ya Allah ya Tuhan ku…
Aku dah lari..
Dari tujuan asal ku..
Aku telah terlebih dalam mengejar dunia yang sementara ni..
Ni bukan aku, ni bukan aku,
Amalan aku saja yang dapat menolong aku..
Hafalan quran aku..
Setiap ayat ku baca..darjat ku naik satu demi satu..
Ni yang aku nak. Ni yang aku mahu..
Apabila munkar nakir tanya..
Amalan aku yang berdamping dengan ku..
Menolong ku di kala kesusahan..
Tapi, adakah amalan ku cukup untuk menolong ku?
Ya Allah…Ya Allah…
Ku tercari2 di manakah kehidupan aku yang sebenar
Di mana..
Yea. Aku belajar. Di bumi berkat UIA..
Tapi, harus ku ingat..akhirat jangan sekali2 dilupakan..
Pahatkan permanently..
Akhirat jangan dilupakan..
Sijil engineering ku memang tiada guna langsung once aku masuk kubur..
Ku akan tertanya..di mana bacaan quran ku, di mana hafalan ayat2 quran ku..
Di mana solat2 wajib dan sunat ku.. di mana puasa2 wajib dan sunat ku..
Di mana amalan2 kebajikan ku.. di mana amal sedekah jariah ku..
Di mana amal bakti ku terhadap kedua ibu bapa ku..
Di mana semua amal kebajikan di dunia dahulu..
Ketika ku masih hidup…
Ada..inilah amalan..yang bakal menemaniku kelak dalam kubur.
Bukan sijil dean’s list, bukan sijil engineering, bukan jwatan AFC..
Bukan..bukan..dan bukan..
Sebab itu lah.. ku masih tercari2…dimanakah
KEHIDUPAN YANG ABADI….

Hasil nukilan…
Hafizien
zubc2.8b

Monday, October 19, 2009

Al-Quran...KALAMULLAH

Keistimewaan Menghafaz Al-Quran

(kene pk idea dulu..nantikan la kemunculan nya yea....)
salam

Kau adalah Tuan, ku hamba

"Jiwa Kehambaan"

Engkau Tuan, ku hamba
Hamba yang sangat lemah
Yang sentiasa mengharapkan
Belas dan kasih sayang Mu..

Ya Allah ya Tuhan ku..

Engkaulah Tuhan ku, tiada Tuhan melainkan Engkau..
Engkau telah menciptakan diriku..
Sedang ku hamba Mu..
Diri ku berada dalam ape yang telah Engkau janjikan untukku..
Aku pohon perlindungan..
Dari segala perbuatan buruk yang telah ku kerjakan..
Aku mengaku dengan Mu ya Allah..
Atas segala nikmat yang Kau kurniakan kepada ku
Aku juga mengaku..
Atas segala perbuatan buruk yang telah ku lakukan
Samada sengaja atau tidak..
Ampunkanlah diri ku ya Allah..
Sesungguhnya..tiada yang dapat mengampunkan dosa melainkan Engkau..

Engkau Tuan, aku hamba
Ya Allah ya Tuhan ku..

Bagaimanakah harus ku berhadapan dengan Mu..
Aku merasa malu..
Atas ape yang telah ku lakukan..
Ku pandang kiri dan kanan..
Sungguh indah alam ciptaan Engkau..
Langit biru terbentang luas..
Pohon menghijau subur tumbuh..
Bukit bukau gunung ganang..
Haiwan hidup aman saling berinteraksi..
Tanda Engkau lah yang Maha Kuasa Ya Allah
" Kami tunjukkan tanda2 kekuasaan Kami di
seluruh pelusuk alam dan pada diri mereka
sehingga jelas kepada mereka tentang kebenaran(hak)"
Moga kita dapat memikirkan setiap kejadian ciptaan Allah..

Engkau Tuan, aku hamba..
Ya Allah yang Tuhan ku

Engkau telah menjadikan aku..
Engkau menjadikan aku dengan cukup sempurna..
" Demi sesungguhya kami telah menjadikan manusia dengan
sebaik2 kejadian"
Sifat fizikal cukup sempurna..
Engkau berhak untuk mengambilnya..
Bila2 masa sahaja..
Kerna ku tahu..ini adalah pinjaman dari Mu, untukku..
Hamba Mu
Ku bersyukur Ya Allah..
Atas nikmat ini..
Beribadat...
Dan terus beribadat..
Tanpa penat dan jemu..
Jangan pernah jemu untuk beribadat..

Engkau Tuan, ku hamba
Ya Allah Ya Tuhan ku
Ku malu Ya Allah..
Adakah cukup nilai penghambaan ku
Kepada Mu
Padahal ku tahu..
Tak dapat ku balas nikmat Mu
Kepada ku..
Jika di hitung, nescaya tidak terhitung nikmat kepada ku

Ya Allah..
Bantu diri ku ini..
Hamba Mu ya Allah
Bimbing lah diri ku
Tetapkan lah hati ku..mentaati Mu
Tunjukilah aku..jalan yang lurus
Jalan yang Engkau redhai
Jalan para Nabi dan Rasul
Jalan orang2 yang Soleh
Agar aku tergolong dalam golongan
Orang2 yang mendapat rahmah dari Mu
Ya Tuhan ku..



Hasil nukilan
Al-Faqir ila LLah
Hafizien UIA..
10.46 am
GPCL,Kulliyyah of Engineering
IIUM

SAIFULLAH AL MASLUL

Khalid Al-Walid

Pedang Allah yang sentiasa terhunus (xmasuk sarung-sentiasa berperang)



Perang Uhud dan Perang Muktah adalah dua keadaan yang berbeza sebagaimana berbezanya peribadi Khalid bin Al-Walid. Dalam perang Uhud, beliau adalah panglima Quraisy yang berjaya mengalahkan mujahid-mujahid Islam tetapi perang Muktah menampakkan penampilan Khalid Al-Walid yang baru….Beliau adalah hero penyelamat di saat ambang kekalahan tentera Islam, ini membuktikan bahawa beliau memang layak dikurniakan anugerah tertinggi panglima tentera iaitu anugerah 'Pedang Allah'

Semasa belum memeluk Islam, beliau adalah musuh Islam yang paling digeruni di medan perang kerana strategi perangnya yang hebat di mana umat Islam telah mendapat pengajaran yang cukup hebat ketika perang Uhud dahulu.

Khalid al-Walid telah memeluk Islam pada bulan Safar tahun 8H bersama-sama Uthman b Talhah dan Amru b Al-As. Setelah itu, beliau adalah pahlawan yang berjuang menentang orang-orang yang menentang Rasulullah SAW.

Berbicara tentang Khalid, tentunya tidak lengkap kalau tidak menceritakan tentang peristiwa dalam peperangan Muktah yang memang terkenal itu.

Dalam Perang Muktah, tentera Islam yang sedikit bilangannya telah berdepan dengan lebih kurang 200,000 orang tentera Rom. Dalam pertempuran tersebut, tentera Islam telah mendapat tentangan yang cukup dahsyat nyaris-nyaris menerima kekalahan. Bendera Islam telah dipegang oleh Zaid b Harithah yang kemudiannya gugur syahid, diambilalih pula oleh Jaafar bin Abu Thalib. Beliau turut syahid, maka bendera tadi dipegang oleh Abdullah bin Rawahah yang juga gugur sebagai syuhada'. Lantas bendera bertukartangan kepada Thabit bin Arqam dan menyerahkannya kepada Khalid al-Walid. Atas persetujuan ramai, maka Khalid al-Walidpun menjadi komandan perang dan terus mengarahkan tentera Islam berundur ke Madinah kerana sudah terlalu ramai yang syahid dan tentera yang tinggal tidak mampu untuk bertahan lagi.

Di zaman Khalifah Abu Bakar, Khalid ditugaskan untuk mengahpuskan golongan murtad. Saidina Abu Bakar telah memberi pidato semangat kepada tentera Islam yang antara lainnya berbunyi :"Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sebaik-baik hamba Allah dan saudara dalam satu suku iaitu Khalid b Al-Walid, Saifullah, yang pedangnya akan dihayunkan kepada orang-orang kafir dan munafik"

Beliau juga ditugaskan untuk membunuh Musailamah Al-Kazzab yang mengaku sebagai nabi dan mempunyai ramai pengikutnya. Dalam peperangan tersebut (Perang Yamamah), ramai tentera Islam yang terkorban. Khalid All-Walid sebagai pahlawan sejati yang pakar dalam strategi peperangan telah berjaya memberi semangat baru kepada tenteranya dengan ucapannya yang penuh karisma. Beliau berteriak kepada tenteranya : "Bergembiralah kerana kami akan melihat setiap orang akan mengalami bencana masing-masing"

Dalam Perang Yarmuk menentang tentera Rom, beliau telah berjumpa dengan panglima musuh yang bernama Mahan yang dengan angkuhnya merendah-rendahkan moral tentera Islam. Mahan telah berkata : "Aku tahu kamu semua meninggalkan tanah air kerana terpaksa dan kelaparan. Jika kamu semua setuju, aku akan berikan setiap seorang tentera 10 dinar beserta dengan pakaian dan makanan dengan syarat mereka berangkat pulang dan tahun depan jumlah yang serupa akan dihantar ke Madinah".

Khalid b Al-Walid dengan tegasnya menjawab : "Kami tidak akan keluar dari negeri kami kerana kelaparan seperti yang engkau sangkakan. Tetapi kami ialah satu kaum yang suka minum darah dan kami tahu tidak ada darah yang lebih lazat dan nikmat seperti darah orang Romawi, sebab itulah kami ke mari"

Setelah itu, Khalid Al-Walid selaku komandan perang beerteriak dengan kuatnya sambil bertakbir "Allahu Akbar" "Marilah kita berebut-rebut mencium bau Syurga". Maka terjadilah peperangan yang amat dahsyat. Anak panah bersimpang siur dan mayat bergelimpangan.

Tiba-tiba seorang tentera Islam menghampiri Abu Ubaidah b al-Jarrah r.a.sambil berkata : "Sesungguhnya aku bercita-cita untuk mati syahid, adakah engkau mempunyai sebarang pesanan yang hendak disampaikan kepada Rasulullah SAW, kelak aku akan sampaikan kepada baginda ketika aku berjumpanya (di Syurga)"

Jawab Abu Ubaidah b al-Jarrah r.a : "Ya ! Katakan kepadanya : "Wahai Rasulullah SAW ! Sesungguhnya kami telah dapati bahawa apa yang dijanjikan oleh Tuhan Kami (Allah) adalah benar". Lalu tentera tadi bertempur dengan hebatnya dan gugur sebagai syuhada'.

Dalam suasana perang tersebut Khalid al-Walid bersemuka dengan seorang daripada panglima Romawi yang bernama George lalu terjadilah dialog antara keduanya.

George bertanya : "Wahai Khalid, hendaklah kamu berkata benar kerana setiap orang yang merdeka tidak akan berbohong. Apakah benar bahawa Tuhanmu telah menurunkan kepada Nabimu sebilah pedang dari langit lalu diberikan kepadamu dan kalau dihayunkan kepada seseorang pasti dia akan kalah"

Khalid b Al-Walid menjawab : "Tidak"

George bertanya lagi : "Mengapa kamu disebut Pedang Allah ?"

Khalid b Al-Walid berkata : "Bahawa Allah SWT telah mengutuskan kepada kami seorang Rasul dari bangsa kami, tetapi ada yang mempercayainya dan ada yang mendustanya. Aku sendiri termasuk dari kalangan orang yang mendustakannya tetapi Allah telah membuka hatiku kepada Islam. Lalu aku mengadap Rasulullah untuk memeluk Islam dan janji setia kepadanya. Rasulullah terus menyatakan : "Engkau adalah sebilah pedang dari pedang Allah"

George bertanya lagi : "Apa yang kamu dakwahkan kepada manusia"

Khalid b Al-Walid menjelaskan : "Supaya mereka mentauhidkan Allah dan menerima ajaran Islam"

George seterusnya berkata : "Jika seseorang memeluk Islam sekarang seperti apa yang telah berlaku kepadamu, adakah dia akan mendapat ganjaran ?"

Khalid b Al-Walid menjawab : "Ya, itulah yang lebih utama"

George berkata : "Bagaimana yang terjadi kepadamu sebelum Islam ?"

Khalid b Al-Walid menjawab : "Kamu hidup bersama Rasul lalu kami lihat tanda-tanda kenabian serta mukjizatnya. Kami benar-benar melihat dan mendengarnya, lalu kami memeluk Islam dengan mudah. Tetapi kamu tidak pernah melihat dan mendengarnya, kiranya kamu beriman dengan apa yang tidak kelihatan, maka ganjaranmu adalah lebih besar jika kamu beriman kepada Allah dengan jiwamu"

Akhirnya George telah mengucap syahadah di hadapan Khalid, belajar cara solat dan sempat solat dua rakaat. Kemudian beliau adalah seorang syuhada' perang Yarmuk............. !!! dan tentera Islam berjaya menumbangkan tentera Rom yang berjumlah 240,00 orang.

Ramai di kalangan tentera Islam yang syahid dan tidak kurang pula yang sakit, luka dan cedera. Mereka yang cedera parah, apabila seorang diberikan air, lantas dia berkata rakannya di sebelah lebih memerlukan. Lalu diberikan kepada rakannya, tiba-tiba orang yang keduapun bersikap serupa, lebih mementingkan rakan yang lain..........begitulah seterusnya sehinggakan orang memberi air berpusing-pusing di antara mereka tetapi belum ada yang sudi meminumnya...Maka, kesemua mereka mati syahid di medang perang tersebut ! Ini membuktikan betapa wujudnya perasaan kasih kepada saudara seperti kasih kepada diri sendiri memang menjadi amalan mereka sebagaimana yang ditarbiahkan oleh Rasulullah SAW.

Monday, October 12, 2009

JANGAN PERNAH LELAH BERAMAL

"Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain". (Q.S. Al Insyirah: 7)



Tidak dipungkuri lagi dalam pandangan kita sebagai kader dakwah, bahwa tabiat seorang mukmin sejati adalah berbuat, berbuat dan terus berbuat. Sehingga, seluruh waktunya selalu diukur dengan produktivitas amalnya. Ia tidak akan pernah diam. Karena diam tanpa amal, menjadi aib bagi orang beriman. Seorang mukmin akan terus mencermati peluang-peluang untuk selalu berbuat.

Maka, perlu kita ingat dalam sanubari yang paling dalam, bahwa 'nganggur' dapat menjadi pintu kehancuran. Tidaklah mengherankan, ketika banyak ayat maupun hadits yang memotivasi agar selalu berbuat dan berupaya untuk menghindari diri dari sikap malas dan lemah. Malas dan lemah berbuat dianggap sebagai sikap dan sifat buruk yang harus dijauhi orang-orang beriman.

Mengingat tugas dan tanggung jawab yang kita emban sangat besar dan masih banyak agenda yang menanti untuk diselesaikan. Maka, segeralah untuk menyiapkan diri menunaikannya. Rasanya perlu dicamkan dalam benak pikiran kita nasehat syaikh Abdul Wahab Azzam:

'Pikiran tak dapat dibatasi, lisan tak dapat dibungkam, anggota tubuh tak dapat diam. Karena itu, jika kamu tidak disibukan dengan hal-hal besar, maka kamu akan disibukan dengan hal-hal kecil'.

Oleh karena itu, Rasulullah SAW. segera memberangkatkan para sahabat dalam ekspedisi militer yang beruntun sesudah Badar, untuk meminimalisir konflik internal yang amat mungkin terjadi lantaran berhenti sesudah amal besar.


Setiap kesempatan yang diberikan kepada seorang mukmin, maka setiap saat itu pula ada satu kaedah perintah secara implisit untuk dapat mengukir prestasi dirinya. Agar apa yang dilakukannya dalam putaran waktu, mampu disesuaikan dengan tuntutan zaman dan kapabilitas rijal-nya. Seperti kaedah dakwah yang memaparkan, 'setiap dakwah ada marhalah (tahapan)nya dan setiap marhalah ada tuntutannya dan setiap tuntutan ada orangnya'.

Sangat mudah untuk dipahami bila setiap waktu ada tuntutannya, maka kita mesti menyelaraskan diri agar sesuai dengannya. Tuntutan ini selaras dengan amanah yang diembankan kepada kita saat ini. Dan, dalam pandangan Islam, setiap amanah merupakan sesuatu tugas yang tidak boleh dikhianati atau diabaikan, hingga tidak dapat menunaikannya dengan baik.

Inilah kesempatan emas bagi kita untuk mengukir ukiran terindah dalam hidup kita, secara personal maupun kolektif. Agar kita mampu memberikan cermin indah bagi orang lain ataupun generasi berikutnya. Inilah saat yang tepat bagi kita mengukir prestasi. Pergunakanlah sebaik-baiknya agar kita memiliki investasi besar dalam dakwah ini.



Kita telah mafhum bahwa kemarin kita telah memaksimalkan tadhiyah untuk jihad siyasi. Dan, kita pun telah mengetahui balasan yang diberikan Allah atas upaya maksimal kita. Namun, bukan berarti kita telah selesai dalam amal jihadiyah ini. Melainkan, kita mesti menindak lanjuti prosesi amal ini. Agenda besar yang dapat kita lakukan adalah:

Pertama, Recovery tarbiyah, maksudnya adalah mengembalikan iklim tabawi seperti semula, yang menanamkan sikap komitmen pada Islam, sikap kekokohan maknawi dan militansi nilai-nilai dakwah. Begitu pula tentang apakah perjalanan liqa tarbawinya masih sebagaimana perjalanan di waktu normal. Memang kita akui bahwa saat kemarin perjalanan liqa tarbawi ini sedikit mengalami 'gangguan'.
Juga kondisi ruhaniyah dan moral para kader dakwah yang selalu menjadi pijakan dasar bagi para kader, apakah dalam kondisi prima ataukah sebaliknya. Sehingga, aktivitas yang biasa dilakukan melalui mabit-mabit dapat dikerjakan. Atau jalasah ruhiyah yang selalu diagendakan bagi akhwat dan lainnya. Hal ini tentu berdasarkan pada pandangan bahwa tarbiyahlah yang menjadi pijkan dakwah kita. Sehingga, aktivitas ini harus segera diin'asy (disegarkan) kembali.


Kedua, Taushi'atut Tajnid (Ekspansi Rekrutmen), sesudah banyak orang yang berhimpun dalam barisan dakwah ini, maka kita harus memberikan hak tarbiyah mereka. Apalagi mereka pun sesungguhnya sangat menanti kehadiran kader dakwah untuk bisa membina diri mereka dan menjadikan mereka sebagai bagian dari mesin besar dakwah ini. Pada waktu yang lalu, rekrutmen kader terbatas pada satu pintu tertentu, yakni kalangan akademisi. Di hari ini, segmentasi rekrutmen sudah sangat beragam. Sehingga, para junud dakwah ini harus dapat mengantisipasi untuk memperluas wilayah pembinaan di berbagai kalangan. Orang-orang yang telah berhimpun itu secara tidak langsung mengandung tanggung jawab untuk membina mereka menjadi kader yang sesunguhnya.



Ketiga, Ta'amuq Dzaty, memperdalam kualitas dan kemampuan diri. Sudah kita ketahui bahwa semakin banyak amanah yang dipercayakan umat kepada kita, maka harus semakin meningkat kualitas dan kemampuan kita untuk dapat menunaikannya. Dan, sekarang amanah yang diserahkan kepada kita pun urusannya amat beragam. Sehingga, kita pun selayaknya memperdalam kemampuan kita untuk dapat menyelesaikan urusan orang banyak yang beragam itu.



Keempat, Taqwiyatu Billah, memperkokoh hubungan dengan Allah SWT. Yang dapat menjadikan diri kita mampu dan kuat, tidak lain karena hubungan yang kuat pula pada Allah SWT. Sehingga, kita tidak boleh mengabaikan amal-amal yang menghantar diri kita ke arah itu. Dan, amaliyah ini sedapat mungkin menjadi harian kader yang selalu menghias pada jiwa dan raganya. Semoga Allah senantiasa memberikan kekuatan kepada diri kita untuk dapat melaksanakan tugas-tugas yang kita emban hari ini. Amien. Wallahu 'alam bishshawab.

"Dan katakanlah: "Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mu'min akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan". (Q.S. At Taubah: 105).

Wednesday, September 30, 2009

the lost spirit

di mana kan ku cari semangat itu
semangat yang mana telah menjulang nama
di mana harus ku mula
ku merasakan semangat itu telah lama menyepi
menanti, menunggu masa untuk ku seru
bagaimana ingi ku seru
bagaimana..
tolong la aku
sape2..
aku memerlukan semangat itu kembali
berdamping dengan ku
selalu...
semangat!!!
semangat!!!
semangat!!!

yes..dah dapat...
alhamdulillah

Saturday, September 19, 2009

Terima Kasih Pada Yang Sudi

salam untuk semua

hari ini adalah hari terakhir ramadhan 1930H
esok kita akan sambut hari raya.
selamat hari raya ku ucapkan

terasa sedih terkenangkan bulan yang penuh keberkatan
hati ku terasa sayu apabila ramadhan akhirnya ingin 'pulang'
ku kenangkan kembali
ramadhan tahun ini yang ku lalui
ruginya aku...

hari ini
sebelum raya disambut
tepat jam 4.55.15 ptg..
aku meluahkan masa untuk mengarang sedikit

suasana hari raya memang sesuatu yang paling menyeronokkan
ahli keluarga semua pulang beraya
xkira yang juah di mana sahaja
pulang ke kampung berhari raya bersama keluarga tersayang
sudah lama xberjumpa
inilah masanya bersua kembali
merapatkan hubungan..

namun,
ada juga yang xberkesempatan untuk pulag berhari raya
bersama keluarga tersayang
yang berada jauh
jauh di seberang
sedih bila terkenangkan mereka yang jauh

hari ini,
jam berlalu ke pukul 5.03.09 ptg
entahlah
aku pun xtau ape nak di tulis
setiap kali aku rasa sedih..
aku akan cakap sorang2 lah
ni time aku rasa sdih..huhuuhu
sape lagi nak dengar aku cakap
aku type jela dalam blog ni..
then sape2 nak baca, baca je la

nak tau kisahnya????
tunggu post yang akan datang i.a

salam

Wednesday, September 9, 2009

Life brief candle

Empat Lilin
Ada 4 lilin yang menyala,
Sedikit demi sedikit habis meleleh.
Suasana begitu sunyi sehingga terdengarlah percakapan mereka
Yang pertama berkata:

“Aku adalah Damai

Namun manusia tak mampu menjagaku: maka lebih baik aku mematikan diriku saja!”

Demikianlah sedikit demi sedikit sang lilin padam.

Yang kedua berkata:
“ Aku adalah Iman

Sayang aku tak berguna lagi.
Manusia tak mau mengenalku,
Utnuk itulah tak ada gunanya aku tetap menyala.”

Begitu selesai bicara, tiupan angin memadamkannya.

Dengan sedih giliran Lilin ketiga bicara:

“ Aku adalah Cinta

Tak mampu lagi aku untuk tetap menyala.
Manusia tidak lagi memandang dan mengganggapku berguna.
Mereka saling membenci, bahkan membenci mereka yang mencintainya, membenci keluarganya.”

Tanpa menunggu waktu lama, maka matilah Lilin ketiga

Tanpa terduga...

Seorang anak saat itu masuk ke dalam kamar, dan melihat ketiga Lilin telah padam.
Karena takut akan kegelapan itu, ia berkata:

“ Ekh apa yang terjadi?! Kalian harus tetap menyala, Aku takut akan kegelapan!”

Lalu ia mengangis tersedu-sedu

Lalu dengan terharu Lilin keempat berkata:

“Jangan takut,
Janganlah menangis,
selama aku masih ada dan menyala, kita tetap dapat selalu menyalakan ketiga Lilin lainnya:

Akulah

HARAPAN”

Dengan mata bersinar, sang anak mengambil Lilin Harapan, lalu menyalakan kembali ketiga Lilin lainnya

Apa yang tidak pernah mati hanyalah HARAPAN yang ada dalam hati kita....

...dan masing-masing kita semoga dapat menjadi alat, seperti sang anak tersebut, yang dalam situasi apapun mampu menghidupkan kembali Iman, Damai, Cinta dengan HARAPAN-nya!!!

Monday, August 31, 2009

Anak Baru Ber'buah'?huhuhu..

Eh, salah tu..
anak buah baru,hehehe
tahniah lah untuk abe aku sebab memperoleh cahaya mata..
sejak akhir2 ni, aku rasa la..macam gembira la sikit..
sebab xtau la..
mungkin sebab insyaallah, ramai 'ahli baru' yang akan jadi parts of my family kot..
hahaha..2 lagi menanti..hehehe
setakat yang aku tahu la..
yang lain aku xsempat chek lagi..
biasa dapat maklumat dari adik aku yang pompuan tu sorang
dia lah yang tahu segala citer kat umah..hahaha
nati bertambah la ahli dalam rumah aku..
time raya la paling best..
semua adik beradik pulang..anak sedara semua..ahhhh
rindu rasanya..
tapi....(cerita sedih bermula)
teringat pulak kat kakak aku yang sorang..huhuhu
dia duk jauh..negeri orang..qatar.terpaksa ikut suami bekerja
teringat juga kat anak buah aku yang sorang lagi pulak..Ahmad Mustafa..
Eh, hari tu baru je sambut ulangtahun yang ke 1tahun. pada 18hb8 hari tu,
cukupla dia setahun..selamat hari lahir untuk Mustafa..hahaha
ei, bulan 8 ni ramai family aku yang lahir bulan8,kakak aku yang sorang lagi pun bulan 8. 25hb8, hari tu, yang baru lahir,28hb8,Mustafa,18hb8..haa, sape lagi ek??
ni masuk bulan 9 pulak..ada orang ni...teka sape?
ada la sape..hehehe..
tunggu masa nanti tahu la..
tarikh tu sangat lawa..kebetulan jatuh pada tahun ni..
090909
lawa tak?
lawa wooo...
teka sape??
betol boleh hadiah..hahahaha
ok lah, ada kelas jap g.
ni sementara tunggu kelas seterusnya..
membebel jap.
ok..salam
bye.

Ku akan kembali....

Sudah lama x membebel..
Akhirnya tiba masa untuk membebel lagi..
Hahaha..
tapi bukan hari ni...
lain kali lah yea..
maaf..tengok la esok ke, lusa ke,
ataupun bila2 la..
yang penting ada la jugak
new post kat cni..
atau pun sambung hari tu yang x siap..hahaha
ok.
salam.

Wednesday, August 12, 2009

TIADA SESUATU SETELAH SEMPURNA KECUALI BERKURANG

TIADA SESUATU SETELAH SEMPURNA KECUALI BERKURANG

Kita berjumpa lagi
Tetapi kali ini adalah mungkin yang terakhir untuk saya membebel di blog ini..
After this, maybe there will be no more new post in a short time..
Untuk kali yang terakhir ini..
Marilah sama2 kita merenung firman Allah dalam Quran..
اليوم اكملت لكم دينكم واتممت عليكم نعمتي ورضيت لكم الاسلام دينا
Maksudnya.. pada hari ini Aku telah sempurnakan agamamu wahai Muhammad dan aku telah sempurnakan juga nikmat Ku kepada mu wahai Muhammad dan Aku redha Islam sebagai agamu..
Setelah ayat ini diturunkan, semua sahabat merasa sangat gembira dan bersyukur kerana agama Islam sudah sempurna dan lengkap. Akan tetapi Abu Bakar seorang sahaja yang sedih dengan penurunan ayat ini..
Sahabat lain lalu bertanya kenapa engkau bersedih wahai Abu Bakar? Lalu beliau menjawab dengan sedihnya… setelah agama ini telah selesai, maka tugas Rasulullah saw dalam menyampaikan kepada ummatnya juga akan selesai. Mendengar jawapan itu, para sahabat pun sedar akan hakikat sebenar.itulah keistimewaan Abu Bakar berbanding sahabat2 yang lain. Setelah beberapa hari berlalu, Baginda saw jatuh sakit dan akhirnya wafat..
Namun ada pendapat lain yang mengatakan ayat lain yang akhir sekali diturunkan..
Kaitan dengan tajuk yang saya ingin katakan..
Cuba bandingkan sesorang yang memperolah keputusan yang sangat cemerlang. Pointer 4.0.. tiada baginya selepas ini kecuali berkurang. Kecuali dia berusaha untuk maintain kedudukannya itu dengan cekal dan tabah.
Begitu juga dalam kehidupan keluarga dan harian kita. Kita sayang semua orang di sekeliling kita. Mak kita. Ayah kita. Adik-beradik kita and even siapa sekalipun, persoalannya? Adakah kasih sayang kita mampu menghalang kita untuk berpisah dengan orang yang kita sayang tadi. Kita saling sayang antara satu keluarga dengan sempurna. Akan tetapi siapa yang mampu menghalang jika takdir yang memisahkan kita. Kematian. Ingat lah, tiada yang sesuatu setelah sempurna kecuali berkurang.
Sebagai hamba, kita hidup mempunyai banyak tujuan. Tujuan kita hidup adalah untuk beribadat kepada Allah dan juga sebagai khalifah. Dalam kita beribadat kepada Allah kita juga bertanggungjawab sebagai khalifah memakmurkan alam ini dengan baik. Mengajak manusia ke arah kebaikan. Ajak manusia ke arah kebaikan. Ajak manusia ke arah kebaikan. Tugas kita, tapi setengah manusia ada yang tidak memahami tujuan kita mengajak mereka. Tiodak mengapa lah.
Kita hanya mengajak tapi yang memberi hidayat adalah Allah. Kita tidak boleh. Cuba ingat kisah bapa saudara Nabi saw. Abu Talib, puas Nabi saw ajak untuk masuk Islam. Baginda hanya mampu ajak bapa saudaranya untuk masuk Islam tapi baginda tidak mampu memberi hidayat kepada bapa saudaranya juga. Akhirnya, bapa saudaranya mati dalam keadaan tidak beriman kepada Allah..

Ok. Setakat ini je. Saya xlarat nak fikir la. Xleh fokus. Serabut. Ni yang last, tugas saya juga dah selesai, jadi saya nk undur diri dulu..
After this, maybe there will no more new post in this blog.

saya akan kurangkan kemunculan saya di blog ini sedikit demi sedikit
sebab tugas asya dah selesai
selamat tinggal kapada semua yang sudi baca blog yang xseberapa ini
terima kasih kerana sudi berkongsi cerita ini.
saya akan "berehat" panjang selepas ini
pergi jauh
salam

Monday, August 10, 2009

FI AYYI ARDIN TASKUN FA HUNAKA DAKWATUN TUBNA

Asslamualaikum wbt
seperti yang di janjikan
post terbaru untuk kali ini adalah...

seperti tajuk di atas.

maksudnya
" Di bumi mana pun engkau berpijak, engkau tinggal, engkau menetap..MAKA..di situ lah dakwah terbina..dakwah di bina"

boleh lah di katakan juga dengan ayat yang sangat popular
"Di mana bumi di pijak di situ langit di junjung"

ok..kena stop jap..ada hal.nati edit mula k
xsempat untuk di siapkan minta maaf..

salam

fursan binnahar.....pun xsempat untuk disiapkan
maaf
salam

Kenapa susah sangat untuk berubah?

Bismillahi Rrahmani Rrahim
Assalamualaikum
Jumpa lagi
Untu kali ini..
saya inngin mengajak anda yang baca post ini...

Fikirkan keadaan seekor ikan di laut....bayangkan.....
walaupun keadaan sekelilingnya masin (air laut)
adakah rasa ikan itu juga masin?
adakah tidak perlu kita perapkan ikan itu dangan garam kunyit?
(untuk menggorengnya)
sudah tentu jawapannya..tidak..kita perlu perapkan..
samalah juga juga dalam kehidupan kita sebagai manusia..

apa yang hendak saya katakan di sini..
ada satu istilah Arab mengatakan..
'uzlah syu'uri la zati..

maksudnya.. perasaannya sahaja yang bergabung tapi tidak zatnya..
samalah keadaannya seperti ikan di laut tadi..
walaupun laut itu masin, tapi tidak mempengaruhi ikan untuk turut manjadi masin juga

dalam kehidupan kita sebagai manusia..
memang kita kelilingi dengan pelbagai cabaran dan ujian..
cabaran datang dari segenap pelusuk..
memang menguji iman kita..

ada yang tewas tersungkur di tengah jalan
kerana kecundang dalam pertempuran hidup antara hak dan batil
keadan sekeliling telah mengubah mereka
kalau dulu asalnya dia seorang yang baik
dia seorang yang suci hatinya..
solat tak tinggal
selalu berjamaah..
tapi...
apa dah jadi??

yang penting..kuatkan jati diri.
iman mesti di tingkatkan
walaupun keadaan sekeliling berusaha untuk mengubahmu secara serangan pemikiran
walaupun secara engkau tidak sedar..
engkau mesti kuat..

bukan tidak boleh untuk bergaul dengan mereka..
tapi..
jaga la dirimu..
kalau orang lain mempunyai penampilan yang teruk..
bukan ciri2 seorang muslim/muslimah..
takkan engkau ingin mengikutinya
sedangkan engkau mengaku
engkau adalah seorang yangs sejati..
kenapa ikut orang..
ikut keadaan sekeliling..
lupakan engkau dengan ikan tadi???

biarkan orang lain pakai macam tu..
tapi mengapa engkau ikut??
engkau ada jati diri..
kenapa ikut????
timbul dalam diri
"eh, orang ramai tak buat la ni..
buat ape aku nak buat..
malu la..
sedangkan itu benda baik
malu la
semua orang macam ni..malu la aku nak wat lain dari orang
kita sedar atau tidak..
benda baik ni
we'll be rewarded!!
orang lain pulak yang ikut benda baik yang kkita buat..
BIARKAN ORANG IKUT KITA DAN BUKAN KITA IKUT ORANG
kena faham konsep ni..

ada pepatah Arab
"yajtamiun wa lakinnahum yakhtalifun"
mereka bergaul dengan mereka(yang berpenampilan tidak elok)..
tapi...
mereka berbeza dengan mereka(yang berpenampilan tidak elok)..

setiap perkara yang kita benci tapi baik untuk kehidupan kita..
tidak dapat tidak..
kita kena lakukan..
macam mana ingin melakukannya??
melalui PAKSAAN..
paksa diri sendiri untuk melakukannya
tapi dalam kes ini,
kita bukan paksa diri kita untuk melakukan benda baik

tapi..
paksa untuk meninggalkan benda buruk...
paksa diri meninggalkan tabiat buruk kita..
contohnya tabiat buruk kita yang susah sangat nak berubah..
kita buat..n kita buat dan terus buat...
bila nak berhenti ini????


sama juga dalam belajar...
malas anagt nak ulangkaji pelajaran..
malas..
tapi??
balajr baik untuk kita atau tidak???
saya tidak perlu jawab..anda semua tahu jawapannya..

oleh itu,bagaimana nak belajar sedangkan kita malas...
PAKSA diri..
melalui paksaan melahirkan kenikmatan jua akhirnya..
kemanisan itu pasti terasa akhirnya...

jadi kesimpulan..
kalau ada orang terasa dengan kata saya ni,,
terlebih dahulu minta maaf
tiada niat untuk menyentuh mane2 perasaan tapi kalau terasa baguslah
sampai juga maksud saya..

sekali lagi minta maaf...

NANTIKAN POST SETERUSNYA
" FI AYYI ARDIN TASKUN FA HUNAKA DAKWATUN TUBNA"
DAN

" RUHBAN BILLAIL WA FURSAN BINNAHAR"

Friday, August 7, 2009

Mahligai Kayangan ZC2.8b








Ni serba sedikit kehidupanku di mahligaiku..huhu..

Blok aku dengan blok PG..set2 master la ni..
gambar di ambil dari bilik aku yang mengadap bukit ni..malam2 sejuk kot..
kalu nak mandi pagi2..ek ek ek..sejukkk

ada satu dekstop yang aku guna..diwarisi dari abe aku..maklumlah dia pakai laptop loni..maju sekarang..
aku punya bila la nak transformasi ni..dari tebal jadi nipis..hehehe..yang boleh bawak ke mana2..

bilik ni selerak la skit.buku pun xtersusun molek.serabut nmpk..macam kepala otak pemiliknya la..
tapi aku ni teratur la jugak.
xla teruk sangat..ketika2 je mai serabut perut..pk banyak hal jadi gitu la

ada nasik sebungkus..tunggu masa untuk makan..xmasuk waktu lagi xlah makan..
ok. dahla..

Pelik Tapi Benar !





gambar ni di ambil semasa aku kat rumah cuti semester lepas..
pokok ni memang betol2 wujud..dan adik aku sendiri yang menanamnya..
then, mak dan adik aku yang selalu jaga..
pada mulanya tidak di ketahui keadaan sebenar keadaanya..
tapi lama kelamaan nampak sedikit perubahan pada daunnya yang berlainan dari yang awalnya..

aku sempat mengambil gambar pokok tersebut menggunakan hs aku ni..
maafla, gambar xclear sangat
tapi atleast dapat tengok pn jadi la kan..
ok ni ha, aku tunjukkan..
terpulang lah kepada anda semua nak percaya atau tidak..
tapi yang pasti, aku sendiri yang mengambil gambar ni..

tepuk dada tanya iman, believe it or not, up to u la...huhu
subhanallah..
maha suci Allah

Thursday, August 6, 2009

Kampung ku...ku rindukan kampung halamanku..






lama xbalik kampung...huhu
padahal baru je tinggal kampung..xsampai pun lagi sebulan..
di kampung dapat merasai ketenangan yang sebenar..
dengan memerhatikan sungai yang mengalir, burung berkicau2an, pokok melambai2..kanak2 bermain2 di sawah..aku sungguh tenang dengan suasana ini..

di sinilah tempat ku menenangkan fikiran..mencari ilham..
memendamkan rasa sedih, marah dan meraih rasa ceria..
memerhatikan alam ciptaan Tuhan..tafakur alam....
sanuriihim aayaatina fil aafaaq wa anfusihim hatta yatabayyana lahum annahul haq..ya allah tuhan yang maha kaya..
tuhan yang memiliki sekian alam..semua ini milikMu..hatta diriku ini..aku bersyukur kepadaMu..aku akan kembali jua akhirnya kepadaMu seperti orang yang terdahulu dari ku..
darinya kita datang..kepadanya kita akan kembali.. bersedialah kita..watazawwadu fainna khairaz zaadi ttaqwa..
Berbekallah, sesungguhnya sebaik2 bekalan adalah taqwa..
fainna akramakum 'indallahi atqaakum...


Dalam Lab Environment..Hehe






Al kisah....

aku dan kawan2 "sebiotech" la katakan.. "berlab" di dalam lab "bermain" dengan air..
kajian pun pelik..main ngan air..
bukan ape..kaji sample air..
kami diberi sample air untuk di kaji..
entah dari mane sumber air ni..
lain macam je..
keroh..banyak keladak..err..macam dari sumber "dot dot dot". haha
paham2 la kalu aku tulis gitu..
bau pun semacam je..

diorang ni macam main2 pun ade gak..
maklumlah..
kene tungu lama kot stiap procedures..
banyak step pulak tu..bosan...
macam tulah tiap2 kali dalam lab..huhu

tapi yang paling memuaskan hati..ape?nak tau??
hahaha..apabila sample kita jadi..
maksudnya..berhasil la..hasil nya kita nampak..ooooo,begini rupanya..dalam hati
setelah melihat result..yang paling menggembirakan..


Apa ada pada seorang engineer?





alangkah stabil bentuk bangunan yang di reka..
ingatkah pada kisah nabi Allah Nuh as yang membuat kapal di atas bukit?? orang menyangka baginda gila, kenapa tidaknya? di atas bukit kapal di bina..
padahal baginda telah mendapat hidayat dari Allah untuk membina..

segala kerja menjadi lebih mudah dengan terciptanya banyak alat2 canggih..
new products have been produced..
the development in the human genome, recombinant DNA, gene manipulation and ...
syukur alhamdulillah..
peluang terbuka di hadapan
kerana telah di pilih..salah seorang daripadanya..

melanjutkan pelajaran di Islamic university..
dalam jurusan yang di minati
moga segala usaha di berkati
mendapat redha dari ilahi
mendapat restu dari abi wa ummi

iium..

bumi keramat..
tempat aku belajar menimba ilmu..
segala keringat di curahkan tanpa mengira penat jemu..

ok...






Sunday, August 2, 2009

lesen 'ooo' lesen




bila la nok siap lesen aku ni?xdapat2 lagi ni..
hari ni gi belaja pulak..
penat kene tengking oleh cikgu..
aku drive xjd..haha
akku meme xleh oghe tengking2 gni..
jd kelam kabut la aku..
aduhhh..
tapi xpe..
koho2 nak panda dah..
lek ahh.
wat dok sudah la time ckgu aku marah..natural jah

aku upload gambar takraw..xdok kaitan langsung nga tajuk aku kali ni...hahaha
sebab aku minat takraw..dio gulung power ngat..
macam tony jaa dalam citer Ong Bak.lagipun aku xdok gambar laa
nati la aku upload gambar2 wat mane ada.xbawak hari..

-------------XXXXXXXXXX----------------------------------------------------

Thursday, July 30, 2009

Di manakah ketenangan yang sejati

mendapat sesuatu yang di ingini memang sesuatu yang menggembirakan..
mendapat kejayaan dalam peperiksaan, memenangi sesuatu pertandingan, apa yang diusahakan mendapat sambutan, usaha dan pngorbanan kita dihargai, dan banyak lagi benda yang sangat menggebirakan kita...

tapi sedarkah kita tentang 2 peperiksaan???
peperiksaan di dunia dan peperiksaan di akhirat....

kalau kita gagal peperiksaan dunia, kita sedih.. kita down..kita frustrated..n banyak lagi sehingga setiap kerja kita tidak menjadi..
tapi kita tahu bahawa gagal sekali..bukan beerti gagal untuk selamaanya...
kalau kita berjaya peperiksaan di dunia?? sudah tentu kita gembira..sangat gembira..sehingga kita lupa,kejayaan itu sementara sahaja...
kejayaan di dunia bukan penjamin kejayaan di akhirat kelak..

bayangkan....
peperiksaan di akhirat..

kalau kita gagal...masih adakah peluang untuk kita bangkit kembali???
ketahuilah bahawa seburuk2 penyesalan adalah penyesalan di akhirat kelak..tiada gunanya..
adakah Allah akan memberi lagi peluang untuk kita kembali..
kalau kita gagal..

alangkah untungnya kalau kita berjaya dalam peperiksaan di akhirat nanti...
kejayaan yang kekal abadi
nikmat yang paling bahagia..
ketenangan yang paling menyenangkan..
itulah kejayaan yang paling menggembirakan..

bukan kejayaan dalam peperiksaan di dunia..
kejar kejayaan akhirat

manusia yang terbaik

Sunday, February 1, 2009

warkah untuk orang jauh...Qatar


mengingati orang jauh, ku kirim kan ini sebagai tanda ingatan..
the prince of qatar... hehehe
bersama umminya..
ummu mustafa..