~Fi Ayyi Ardhin Taskun Fa Hunaka DAkwatun Tubna~

Saturday, October 31, 2009

Monolog sore

Patut ku teruskan..or
Ku biarkan saja..
Itulah perkara yang bermain di fikiranku
Kadang-kadang ku rasa perasaan yang sungguh indah
Perasaan yang indah itu hanya sementara..
Perasaan yang indah itu hanya mainan semata2
Ku renung kembali ke dalam lubuk hatiku
Betul ke aku?..aku ke?
Is’t me?
Huh…mengeluh..tidak tahu jawapannya
Beginikah diriku sebenarnya..
Aku kenal tak siapa diriku yang sebenarnya?
Siapa aku?
Tiada jawapan dari hatiku..
Siapa nak jawab untuk ku..
Minta tolong..tapi dengan siapa
Siapa yang mahu tolong aku..
Aku keseorangan..yea, keseorangan..
Ku baringkan tubuhku..
Ke pejamkan mataku..
Ku bayangkan wajah ku..seluruh tubuhku..
Ku bayangkan mata ku, telinga ku, hidung ku..
Tangan ku, kaki ku..seluruh anggota tubuh ku..
Dan…ku gosokkan lembut hatiku..
Untuk ape Allah ciptakan ini semua untuk ku
Cukup lengkap, sempurna..percuma..tanpa minta bayaran sedkit pun..
Tuhan Maha Kaya kepada hamba Nya..
Ku bukakan mata ku..
Perlahan2…
Sekarang ku sedikit mengerti..
Aku manusia..
Makhluk ciptaan Tuhan..
Cukup sempurna dengan akal..
Istimewa..kenapa ku tidak manfaatkan semua ini..
Ke mana telah ku guna semua nikmat Allah ini..
Adakah ku lupa tujuan asal kejadian aku?
Tujuan ape aku hidup..
Suka2? Berfoya2? Exam dapat markah tinggi? Dean’s list?
Betul ke ape yang aku buat sekarang ni..
Ape aku buat sekarang?
Belajar…yea.. aku sedang belajar.. di UIA..
Adakah aku sekadar belajar?
Pagi petang siang malam belajar…
Sampai lewat malam..kul 2,3
Mana tanggujawab aku dengan Tuhan aku..
Adakah aku lupa?
Di lupakan dengan mainan dunia?
Ape aku nak bawa masuk kubur nanti??
Ape? Ape?
Aku nak bawa dean’s list ke?
Nak tunjuk kat Allah dean’s list..
Ya Allah ya Tuhan ku…
Aku dah lari..
Dari tujuan asal ku..
Aku telah terlebih dalam mengejar dunia yang sementara ni..
Ni bukan aku, ni bukan aku,
Amalan aku saja yang dapat menolong aku..
Hafalan quran aku..
Setiap ayat ku baca..darjat ku naik satu demi satu..
Ni yang aku nak. Ni yang aku mahu..
Apabila munkar nakir tanya..
Amalan aku yang berdamping dengan ku..
Menolong ku di kala kesusahan..
Tapi, adakah amalan ku cukup untuk menolong ku?
Ya Allah…Ya Allah…
Ku tercari2 di manakah kehidupan aku yang sebenar
Di mana..
Yea. Aku belajar. Di bumi berkat UIA..
Tapi, harus ku ingat..akhirat jangan sekali2 dilupakan..
Pahatkan permanently..
Akhirat jangan dilupakan..
Sijil engineering ku memang tiada guna langsung once aku masuk kubur..
Ku akan tertanya..di mana bacaan quran ku, di mana hafalan ayat2 quran ku..
Di mana solat2 wajib dan sunat ku.. di mana puasa2 wajib dan sunat ku..
Di mana amalan2 kebajikan ku.. di mana amal sedekah jariah ku..
Di mana amal bakti ku terhadap kedua ibu bapa ku..
Di mana semua amal kebajikan di dunia dahulu..
Ketika ku masih hidup…
Ada..inilah amalan..yang bakal menemaniku kelak dalam kubur.
Bukan sijil dean’s list, bukan sijil engineering, bukan jwatan AFC..
Bukan..bukan..dan bukan..
Sebab itu lah.. ku masih tercari2…dimanakah
KEHIDUPAN YANG ABADI….

Hasil nukilan…
Hafizien
zubc2.8b

Monday, October 19, 2009

Al-Quran...KALAMULLAH

Keistimewaan Menghafaz Al-Quran

(kene pk idea dulu..nantikan la kemunculan nya yea....)
salam

Kau adalah Tuan, ku hamba

"Jiwa Kehambaan"

Engkau Tuan, ku hamba
Hamba yang sangat lemah
Yang sentiasa mengharapkan
Belas dan kasih sayang Mu..

Ya Allah ya Tuhan ku..

Engkaulah Tuhan ku, tiada Tuhan melainkan Engkau..
Engkau telah menciptakan diriku..
Sedang ku hamba Mu..
Diri ku berada dalam ape yang telah Engkau janjikan untukku..
Aku pohon perlindungan..
Dari segala perbuatan buruk yang telah ku kerjakan..
Aku mengaku dengan Mu ya Allah..
Atas segala nikmat yang Kau kurniakan kepada ku
Aku juga mengaku..
Atas segala perbuatan buruk yang telah ku lakukan
Samada sengaja atau tidak..
Ampunkanlah diri ku ya Allah..
Sesungguhnya..tiada yang dapat mengampunkan dosa melainkan Engkau..

Engkau Tuan, aku hamba
Ya Allah ya Tuhan ku..

Bagaimanakah harus ku berhadapan dengan Mu..
Aku merasa malu..
Atas ape yang telah ku lakukan..
Ku pandang kiri dan kanan..
Sungguh indah alam ciptaan Engkau..
Langit biru terbentang luas..
Pohon menghijau subur tumbuh..
Bukit bukau gunung ganang..
Haiwan hidup aman saling berinteraksi..
Tanda Engkau lah yang Maha Kuasa Ya Allah
" Kami tunjukkan tanda2 kekuasaan Kami di
seluruh pelusuk alam dan pada diri mereka
sehingga jelas kepada mereka tentang kebenaran(hak)"
Moga kita dapat memikirkan setiap kejadian ciptaan Allah..

Engkau Tuan, aku hamba..
Ya Allah yang Tuhan ku

Engkau telah menjadikan aku..
Engkau menjadikan aku dengan cukup sempurna..
" Demi sesungguhya kami telah menjadikan manusia dengan
sebaik2 kejadian"
Sifat fizikal cukup sempurna..
Engkau berhak untuk mengambilnya..
Bila2 masa sahaja..
Kerna ku tahu..ini adalah pinjaman dari Mu, untukku..
Hamba Mu
Ku bersyukur Ya Allah..
Atas nikmat ini..
Beribadat...
Dan terus beribadat..
Tanpa penat dan jemu..
Jangan pernah jemu untuk beribadat..

Engkau Tuan, ku hamba
Ya Allah Ya Tuhan ku
Ku malu Ya Allah..
Adakah cukup nilai penghambaan ku
Kepada Mu
Padahal ku tahu..
Tak dapat ku balas nikmat Mu
Kepada ku..
Jika di hitung, nescaya tidak terhitung nikmat kepada ku

Ya Allah..
Bantu diri ku ini..
Hamba Mu ya Allah
Bimbing lah diri ku
Tetapkan lah hati ku..mentaati Mu
Tunjukilah aku..jalan yang lurus
Jalan yang Engkau redhai
Jalan para Nabi dan Rasul
Jalan orang2 yang Soleh
Agar aku tergolong dalam golongan
Orang2 yang mendapat rahmah dari Mu
Ya Tuhan ku..



Hasil nukilan
Al-Faqir ila LLah
Hafizien UIA..
10.46 am
GPCL,Kulliyyah of Engineering
IIUM

SAIFULLAH AL MASLUL

Khalid Al-Walid

Pedang Allah yang sentiasa terhunus (xmasuk sarung-sentiasa berperang)



Perang Uhud dan Perang Muktah adalah dua keadaan yang berbeza sebagaimana berbezanya peribadi Khalid bin Al-Walid. Dalam perang Uhud, beliau adalah panglima Quraisy yang berjaya mengalahkan mujahid-mujahid Islam tetapi perang Muktah menampakkan penampilan Khalid Al-Walid yang baru….Beliau adalah hero penyelamat di saat ambang kekalahan tentera Islam, ini membuktikan bahawa beliau memang layak dikurniakan anugerah tertinggi panglima tentera iaitu anugerah 'Pedang Allah'

Semasa belum memeluk Islam, beliau adalah musuh Islam yang paling digeruni di medan perang kerana strategi perangnya yang hebat di mana umat Islam telah mendapat pengajaran yang cukup hebat ketika perang Uhud dahulu.

Khalid al-Walid telah memeluk Islam pada bulan Safar tahun 8H bersama-sama Uthman b Talhah dan Amru b Al-As. Setelah itu, beliau adalah pahlawan yang berjuang menentang orang-orang yang menentang Rasulullah SAW.

Berbicara tentang Khalid, tentunya tidak lengkap kalau tidak menceritakan tentang peristiwa dalam peperangan Muktah yang memang terkenal itu.

Dalam Perang Muktah, tentera Islam yang sedikit bilangannya telah berdepan dengan lebih kurang 200,000 orang tentera Rom. Dalam pertempuran tersebut, tentera Islam telah mendapat tentangan yang cukup dahsyat nyaris-nyaris menerima kekalahan. Bendera Islam telah dipegang oleh Zaid b Harithah yang kemudiannya gugur syahid, diambilalih pula oleh Jaafar bin Abu Thalib. Beliau turut syahid, maka bendera tadi dipegang oleh Abdullah bin Rawahah yang juga gugur sebagai syuhada'. Lantas bendera bertukartangan kepada Thabit bin Arqam dan menyerahkannya kepada Khalid al-Walid. Atas persetujuan ramai, maka Khalid al-Walidpun menjadi komandan perang dan terus mengarahkan tentera Islam berundur ke Madinah kerana sudah terlalu ramai yang syahid dan tentera yang tinggal tidak mampu untuk bertahan lagi.

Di zaman Khalifah Abu Bakar, Khalid ditugaskan untuk mengahpuskan golongan murtad. Saidina Abu Bakar telah memberi pidato semangat kepada tentera Islam yang antara lainnya berbunyi :"Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sebaik-baik hamba Allah dan saudara dalam satu suku iaitu Khalid b Al-Walid, Saifullah, yang pedangnya akan dihayunkan kepada orang-orang kafir dan munafik"

Beliau juga ditugaskan untuk membunuh Musailamah Al-Kazzab yang mengaku sebagai nabi dan mempunyai ramai pengikutnya. Dalam peperangan tersebut (Perang Yamamah), ramai tentera Islam yang terkorban. Khalid All-Walid sebagai pahlawan sejati yang pakar dalam strategi peperangan telah berjaya memberi semangat baru kepada tenteranya dengan ucapannya yang penuh karisma. Beliau berteriak kepada tenteranya : "Bergembiralah kerana kami akan melihat setiap orang akan mengalami bencana masing-masing"

Dalam Perang Yarmuk menentang tentera Rom, beliau telah berjumpa dengan panglima musuh yang bernama Mahan yang dengan angkuhnya merendah-rendahkan moral tentera Islam. Mahan telah berkata : "Aku tahu kamu semua meninggalkan tanah air kerana terpaksa dan kelaparan. Jika kamu semua setuju, aku akan berikan setiap seorang tentera 10 dinar beserta dengan pakaian dan makanan dengan syarat mereka berangkat pulang dan tahun depan jumlah yang serupa akan dihantar ke Madinah".

Khalid b Al-Walid dengan tegasnya menjawab : "Kami tidak akan keluar dari negeri kami kerana kelaparan seperti yang engkau sangkakan. Tetapi kami ialah satu kaum yang suka minum darah dan kami tahu tidak ada darah yang lebih lazat dan nikmat seperti darah orang Romawi, sebab itulah kami ke mari"

Setelah itu, Khalid Al-Walid selaku komandan perang beerteriak dengan kuatnya sambil bertakbir "Allahu Akbar" "Marilah kita berebut-rebut mencium bau Syurga". Maka terjadilah peperangan yang amat dahsyat. Anak panah bersimpang siur dan mayat bergelimpangan.

Tiba-tiba seorang tentera Islam menghampiri Abu Ubaidah b al-Jarrah r.a.sambil berkata : "Sesungguhnya aku bercita-cita untuk mati syahid, adakah engkau mempunyai sebarang pesanan yang hendak disampaikan kepada Rasulullah SAW, kelak aku akan sampaikan kepada baginda ketika aku berjumpanya (di Syurga)"

Jawab Abu Ubaidah b al-Jarrah r.a : "Ya ! Katakan kepadanya : "Wahai Rasulullah SAW ! Sesungguhnya kami telah dapati bahawa apa yang dijanjikan oleh Tuhan Kami (Allah) adalah benar". Lalu tentera tadi bertempur dengan hebatnya dan gugur sebagai syuhada'.

Dalam suasana perang tersebut Khalid al-Walid bersemuka dengan seorang daripada panglima Romawi yang bernama George lalu terjadilah dialog antara keduanya.

George bertanya : "Wahai Khalid, hendaklah kamu berkata benar kerana setiap orang yang merdeka tidak akan berbohong. Apakah benar bahawa Tuhanmu telah menurunkan kepada Nabimu sebilah pedang dari langit lalu diberikan kepadamu dan kalau dihayunkan kepada seseorang pasti dia akan kalah"

Khalid b Al-Walid menjawab : "Tidak"

George bertanya lagi : "Mengapa kamu disebut Pedang Allah ?"

Khalid b Al-Walid berkata : "Bahawa Allah SWT telah mengutuskan kepada kami seorang Rasul dari bangsa kami, tetapi ada yang mempercayainya dan ada yang mendustanya. Aku sendiri termasuk dari kalangan orang yang mendustakannya tetapi Allah telah membuka hatiku kepada Islam. Lalu aku mengadap Rasulullah untuk memeluk Islam dan janji setia kepadanya. Rasulullah terus menyatakan : "Engkau adalah sebilah pedang dari pedang Allah"

George bertanya lagi : "Apa yang kamu dakwahkan kepada manusia"

Khalid b Al-Walid menjelaskan : "Supaya mereka mentauhidkan Allah dan menerima ajaran Islam"

George seterusnya berkata : "Jika seseorang memeluk Islam sekarang seperti apa yang telah berlaku kepadamu, adakah dia akan mendapat ganjaran ?"

Khalid b Al-Walid menjawab : "Ya, itulah yang lebih utama"

George berkata : "Bagaimana yang terjadi kepadamu sebelum Islam ?"

Khalid b Al-Walid menjawab : "Kamu hidup bersama Rasul lalu kami lihat tanda-tanda kenabian serta mukjizatnya. Kami benar-benar melihat dan mendengarnya, lalu kami memeluk Islam dengan mudah. Tetapi kamu tidak pernah melihat dan mendengarnya, kiranya kamu beriman dengan apa yang tidak kelihatan, maka ganjaranmu adalah lebih besar jika kamu beriman kepada Allah dengan jiwamu"

Akhirnya George telah mengucap syahadah di hadapan Khalid, belajar cara solat dan sempat solat dua rakaat. Kemudian beliau adalah seorang syuhada' perang Yarmuk............. !!! dan tentera Islam berjaya menumbangkan tentera Rom yang berjumlah 240,00 orang.

Ramai di kalangan tentera Islam yang syahid dan tidak kurang pula yang sakit, luka dan cedera. Mereka yang cedera parah, apabila seorang diberikan air, lantas dia berkata rakannya di sebelah lebih memerlukan. Lalu diberikan kepada rakannya, tiba-tiba orang yang keduapun bersikap serupa, lebih mementingkan rakan yang lain..........begitulah seterusnya sehinggakan orang memberi air berpusing-pusing di antara mereka tetapi belum ada yang sudi meminumnya...Maka, kesemua mereka mati syahid di medang perang tersebut ! Ini membuktikan betapa wujudnya perasaan kasih kepada saudara seperti kasih kepada diri sendiri memang menjadi amalan mereka sebagaimana yang ditarbiahkan oleh Rasulullah SAW.

Monday, October 12, 2009

JANGAN PERNAH LELAH BERAMAL

"Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain". (Q.S. Al Insyirah: 7)



Tidak dipungkuri lagi dalam pandangan kita sebagai kader dakwah, bahwa tabiat seorang mukmin sejati adalah berbuat, berbuat dan terus berbuat. Sehingga, seluruh waktunya selalu diukur dengan produktivitas amalnya. Ia tidak akan pernah diam. Karena diam tanpa amal, menjadi aib bagi orang beriman. Seorang mukmin akan terus mencermati peluang-peluang untuk selalu berbuat.

Maka, perlu kita ingat dalam sanubari yang paling dalam, bahwa 'nganggur' dapat menjadi pintu kehancuran. Tidaklah mengherankan, ketika banyak ayat maupun hadits yang memotivasi agar selalu berbuat dan berupaya untuk menghindari diri dari sikap malas dan lemah. Malas dan lemah berbuat dianggap sebagai sikap dan sifat buruk yang harus dijauhi orang-orang beriman.

Mengingat tugas dan tanggung jawab yang kita emban sangat besar dan masih banyak agenda yang menanti untuk diselesaikan. Maka, segeralah untuk menyiapkan diri menunaikannya. Rasanya perlu dicamkan dalam benak pikiran kita nasehat syaikh Abdul Wahab Azzam:

'Pikiran tak dapat dibatasi, lisan tak dapat dibungkam, anggota tubuh tak dapat diam. Karena itu, jika kamu tidak disibukan dengan hal-hal besar, maka kamu akan disibukan dengan hal-hal kecil'.

Oleh karena itu, Rasulullah SAW. segera memberangkatkan para sahabat dalam ekspedisi militer yang beruntun sesudah Badar, untuk meminimalisir konflik internal yang amat mungkin terjadi lantaran berhenti sesudah amal besar.


Setiap kesempatan yang diberikan kepada seorang mukmin, maka setiap saat itu pula ada satu kaedah perintah secara implisit untuk dapat mengukir prestasi dirinya. Agar apa yang dilakukannya dalam putaran waktu, mampu disesuaikan dengan tuntutan zaman dan kapabilitas rijal-nya. Seperti kaedah dakwah yang memaparkan, 'setiap dakwah ada marhalah (tahapan)nya dan setiap marhalah ada tuntutannya dan setiap tuntutan ada orangnya'.

Sangat mudah untuk dipahami bila setiap waktu ada tuntutannya, maka kita mesti menyelaraskan diri agar sesuai dengannya. Tuntutan ini selaras dengan amanah yang diembankan kepada kita saat ini. Dan, dalam pandangan Islam, setiap amanah merupakan sesuatu tugas yang tidak boleh dikhianati atau diabaikan, hingga tidak dapat menunaikannya dengan baik.

Inilah kesempatan emas bagi kita untuk mengukir ukiran terindah dalam hidup kita, secara personal maupun kolektif. Agar kita mampu memberikan cermin indah bagi orang lain ataupun generasi berikutnya. Inilah saat yang tepat bagi kita mengukir prestasi. Pergunakanlah sebaik-baiknya agar kita memiliki investasi besar dalam dakwah ini.



Kita telah mafhum bahwa kemarin kita telah memaksimalkan tadhiyah untuk jihad siyasi. Dan, kita pun telah mengetahui balasan yang diberikan Allah atas upaya maksimal kita. Namun, bukan berarti kita telah selesai dalam amal jihadiyah ini. Melainkan, kita mesti menindak lanjuti prosesi amal ini. Agenda besar yang dapat kita lakukan adalah:

Pertama, Recovery tarbiyah, maksudnya adalah mengembalikan iklim tabawi seperti semula, yang menanamkan sikap komitmen pada Islam, sikap kekokohan maknawi dan militansi nilai-nilai dakwah. Begitu pula tentang apakah perjalanan liqa tarbawinya masih sebagaimana perjalanan di waktu normal. Memang kita akui bahwa saat kemarin perjalanan liqa tarbawi ini sedikit mengalami 'gangguan'.
Juga kondisi ruhaniyah dan moral para kader dakwah yang selalu menjadi pijakan dasar bagi para kader, apakah dalam kondisi prima ataukah sebaliknya. Sehingga, aktivitas yang biasa dilakukan melalui mabit-mabit dapat dikerjakan. Atau jalasah ruhiyah yang selalu diagendakan bagi akhwat dan lainnya. Hal ini tentu berdasarkan pada pandangan bahwa tarbiyahlah yang menjadi pijkan dakwah kita. Sehingga, aktivitas ini harus segera diin'asy (disegarkan) kembali.


Kedua, Taushi'atut Tajnid (Ekspansi Rekrutmen), sesudah banyak orang yang berhimpun dalam barisan dakwah ini, maka kita harus memberikan hak tarbiyah mereka. Apalagi mereka pun sesungguhnya sangat menanti kehadiran kader dakwah untuk bisa membina diri mereka dan menjadikan mereka sebagai bagian dari mesin besar dakwah ini. Pada waktu yang lalu, rekrutmen kader terbatas pada satu pintu tertentu, yakni kalangan akademisi. Di hari ini, segmentasi rekrutmen sudah sangat beragam. Sehingga, para junud dakwah ini harus dapat mengantisipasi untuk memperluas wilayah pembinaan di berbagai kalangan. Orang-orang yang telah berhimpun itu secara tidak langsung mengandung tanggung jawab untuk membina mereka menjadi kader yang sesunguhnya.



Ketiga, Ta'amuq Dzaty, memperdalam kualitas dan kemampuan diri. Sudah kita ketahui bahwa semakin banyak amanah yang dipercayakan umat kepada kita, maka harus semakin meningkat kualitas dan kemampuan kita untuk dapat menunaikannya. Dan, sekarang amanah yang diserahkan kepada kita pun urusannya amat beragam. Sehingga, kita pun selayaknya memperdalam kemampuan kita untuk dapat menyelesaikan urusan orang banyak yang beragam itu.



Keempat, Taqwiyatu Billah, memperkokoh hubungan dengan Allah SWT. Yang dapat menjadikan diri kita mampu dan kuat, tidak lain karena hubungan yang kuat pula pada Allah SWT. Sehingga, kita tidak boleh mengabaikan amal-amal yang menghantar diri kita ke arah itu. Dan, amaliyah ini sedapat mungkin menjadi harian kader yang selalu menghias pada jiwa dan raganya. Semoga Allah senantiasa memberikan kekuatan kepada diri kita untuk dapat melaksanakan tugas-tugas yang kita emban hari ini. Amien. Wallahu 'alam bishshawab.

"Dan katakanlah: "Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mu'min akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan". (Q.S. At Taubah: 105).