~Fi Ayyi Ardhin Taskun Fa Hunaka DAkwatun Tubna~

Friday, March 25, 2011

PEnYokoNg KeR@JaAn Z@liM Di HaL@u dari TeL@Ga KauTs@R

Bismillah
Assalamualaikum wbt

"Bukanlah sikap orang mukmin yang suka mendampingi raja  atau pemerintah jika dengan maksud untuk mendapatkan habuan tertentu"

At-Tirmizi meriwayatkan sebuah hadis, Kaab bin Ujrah berkata, pada suatu hari Rasulullah saw bersabda yang bermaksud " Wahai Kaab, aku mohon perlindungan drpd Allah supaya melindungimu drpd pemerintah2 yang datang selepas aku. Sesiapa yang mendatangi pemerintah2 di tempat kediaman rasmi mereka, serta membenarkan pembohongan para pemerintah dan menolong segala kezaliman mereka, sesungguhnya mereka bukan drpd umatku.ia tidak dpat menemui aku dan menghampiri telagaku (Telaga Kautsar) di akhirat kelak. Sesiapa yg terpaksa pergi ke istana pemerintah sedang ia tidak membenarkan pembohongan pemerintah dan tidak membantu di atas kezaliman pemerintah, sesungguhnya aku adalah sebahagian drpdnya...

Golongan yg tidak dpt minum air Telaga Kautsar di akhirat kelak adalah golongan yg suka mendekati istana ataupun mengampu pemerintah bagi mendapatkan habuan2 tertentu. Mereka mempunyai tujuan duniawi. Mereka juga menyedari bahawa pemerintah tersebut adalah dengan terang tidak mngikut serta menentang sunnah Rasulullah saw. Akan tetapi, mereka sanggup membenarkan serta mengampu pemerintah2 yang zalim.

Sikap buruk mereka yang mendampingi pemerintah2 yang zalim sedang mereka menyedari penyelewengan yang telah di lakukan oleh pemerintah2 tersebut. Mereka tidak berani untuk menegur kesalahan yang melanggar syarak dan sunnah bahkan mengiakan sahaja kesalahan yang di lakukan oleh pemerintah zalim tersebut. Syaitan bisu.
"Qulil haqq walau kaana murran"

Apabila sseorang itu membenarkan pembohongan yang di lakukan oleh pemerintah yang zalim, maka ia bercanggah dengan prinsip Islam.
Apakah jenis pemerintah yang zalim ini?
Yang jelas adalah pemerintah yang tidak melaksanakan hukum Allah dan undang2 yang termaktub dalam Alquran. Masih lagi berpegang kepada undang2 barat dan penjajah. Akan tetapi berani mendakwa sebagai kerajaan Islam. Mereka menjaja sana sini yang apa yang mereka bawa adalah Islam yang sebenar, akan tetapi pada hakikatnya adalah sekular. Islam mengharamkan judi dan arak, akan tetapi "negara Islam" jnis yang di bawa mereka menghalalkan judi dan arak, wujud banyak pusat2 judi subur di segenap tempat, meluluskan konsert yang nyata bertentangan dgn ajaran Islam yang di dakwa.
Bahkan isteri2 pemerintah yang di katakan membawa ajaran Islam itu tidak memakai tudung. Mereka sibuk membicarakan tentang Islam, sedangkan mereka tidak mengetahui nilai Islam itu sendiri.

Itulah pendustaan yang nyata yang boleh di jadikan hujah. bahkan masih banyk lagi pendustaan yang mereka lakukan.
Persoalannya. Apakah yang di lakukan oleh mereka2 yang bertanggungjawab dalam hal ini dalam membetulkan keadaan yang terpesong ini. Di manakah perginya golongan2 beragama yang di tugaskan untuk membetolkan keadaan ini.
Inilah persoalannya. Bukan lah orang mukmin yang hanya mendekati pemerintah2 dengan hanya bertujuan untuk mendaptkan habuan2 tertentu. Akan tetapi tidak sedikit pn rasa tergerak di hati untuk membetulkan apa yang telah terpesong. Cukuplah sekadar poket tidak kosong.

Orang mukmin tidak akan menyokong kezaliman pemerintah. Maka sesungguhnya Nabi saw menjadi sebahagian drpd diri mukmin tersebut.

Justeru itu, setiap mukmin wajib berusaha sepenuh tenaga untuk menjadi sebahagian drpd diri Rasulullah saw, iaitu bersikap tegas terhadap pemerintah yang zalim, tidak membenarkan sebarang pembohongan yang di lakukan oleh pemerintah dan tidak berkompromi dengan kezaliman yang di lakukan.

Mudahan2, semua kita bukan dari golongan yang di halau drpd meminum telaga Kautsar di akhilak kelak..




hafizien
iium

Tuesday, March 22, 2011

Ambo nok tupey skaki

Assalamualaikum wbt

hari ni nk post 2 skali
sejak beberapa musim ni..bola sepak kelate koho maju
sejak menjuarai piala malaysia baru ni
bola sepak koho sohor di kalangan ore2 kelate
tambah2 pulak kelate ni me2 soho nga penyokong yg die hard fan
ungkapan "gomo kelate gomo" me2 xlari dah setiap kali ada perlawanan di stadium
tambahan lg..dpt jolokan "RED WARRIOR" pahlawan merah
ore putih skit.hehe


sapa ko aku sdrk naik smangat skit sebab kelate koho hebat loni bola sepak
skit je la.xbnyk pn.aku xtengok pn klate lwn mane pasukan
aku tngok result je
ok,berbalik kepada tajuk asal.
aku nk citer pasal kebangkitan pahlawan merah ni
ramai la anak2 muda loni g mane2 pn msti ada je aku tngok wat pakai jersi klate the red warrior
hok tulis alhambra la penaja dia.
mcm ada satu kebangkitan la di kalangan anak2 muda sinonim dgn kaler meroh.
bkn setakat anak muda saja,org dewasa pn ikut sama.
sesuai plk dgn bndero klate ni pn merah.
me kebangkitan merah sunguh la di kalangan rakyat kelate lepas kelate jadi juara bola sepak

jeng3...
cerita bermula..
maka bermula la cerita tatkala kebangkitan merah ni di ikuti plk dengan gelombang merah???
ape itu gelombang merah??
anda tahu gpo tu gelombang merah?what name tiger?haha..go namo ghima?
ni la, pihak pembangkang k'jaan klate kita loni,
ketua dia klu xslp datuk pa and anuar musa..xingat dh wat mane so (yang mane lebih hebat?)
UMNO klate la pakat mai idea smpena kbngkitan bola klate dgn simbol merah, red warrior
lancarkn gelombang merah..
kalu anda sume prati,
gpo signifikasi dia?adakah kebetolan saje?(aloh,saje2 pilih kaler merah,kbetolan,nk wat gane) or ada tknik yg sgt bijak.haha
hari tu, masa klate jadi juara mngalahkan N9, piala malaysia wat balik k klate nk sembah ke TUANKU SULTAN kita..kebetolan plk pulak tyme tu nk ngundi plhanraya dun GALAS, gua muse. 
kebetolan lg, org besar KAFA ni anuar musa sedirik..
hor,gpo lgi..bereh ah

piala malaysia xsapa ke TUANKU SULTAN dlu,tapi singgah di DUN GALAS dlu..xtaw la bkpo.
katanya nk bg rkyat kelate tngok la dr dekat piala kebanggaan yg bru meney ni..payah nk buleh..tp bkpo xsinggah ala ko TUMPAT ko (KG DALAM RHU)...haha..
then baru la sapa ke TUANKU SULTAN
Gpo motif tu?bleh pk key..nk ngundi kot..ko?eh,kbetolan....
hari ini(22/3),berita sinar harian kwsn PASIR PUTEH, pelancaran gelombang merah lg diadakan, di lancarkan oleh datuk pa.
sume ni sebab nk ngundi xlama dh ni..
demo ni cuba nk rampas klate balik dr kepimpinan ulama, PAS..seolah2 sudah xdok modal lg bg set2 ni untuk meraih undi dikalangan rakyat kelate.jd, terpaksalah guna semngat bola rkyat kelate nk raih undi
semnagt kesukanan telah di cemari
"ambo nk tupey skaki la" kebangkitan bola sepak klate ni..


kita harap la, kelate kekal dgn di printah oleh KEPIMPINAN ULAMA di KELATE tanah air tercinta
amin..insyaallah


p/s= sape xdftar ngundi lg,sila dftar deh.jgn lupa ok.pnting tu





Kita hamba yang lemah


Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah kerana dapat dipertemukan lagi dalam blog ini. Maha suci Allah yang masih menjadikan kita sebagai orang Islam dan mengurniakan kita dengan keimanan. Sesungguhnya nikmat Islam dan nikmat iman adalah sesuatu yang tiada nilainya. Sedang kita masih di beri pleuang oleh Allah swt untuk memiliki kedua2nya. Alhamdulillah
 Allah berfirman dalam Al quran yang bermaksud “ Dan jika sekiranya kamu ingin menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menghitungnya
 Sebelum kita tidur di malam hari, adakah kita muhasabah diri kita apakah yang telah kita lakukan untuk kesekian hari tersebut. Adakah amalan kebaikan yang di lakukan mengatasi maksiat yang telah di lakukan. Apabila seseorang tersalah melakukan dosa, maka jangan lah ia berputus asa dari rahmah Allah, sesungguhnya Allah Maha Memberi Rahmat.  Sedang Allah telah menyatakan di dalam Al quran yang bermaksud Janganlah kamu berputus asa dari rahmah Allah
Tiada seorang pun di dunia ini yang tidak pernah terlepas dari melakukan dosa, kecuali para nabi ‘alaihimussolatu wassalam yang mana mereka adalah ma’sum yang terlepas dari dosa. Ia berbeza dengan kesilapan di mana Nabi saw juga pernah tersilap, di dalam kes tebusan peperangan Badar.
Dalam peperangan tersebut, tentera Muslimin yang hanya seramai 313 org telah mencapai kemenangan. Maka timbul lah persoalan apakah yang akan di lakukan kepada tebusan2 kafir. Lalu ditanya pendapat Abu Bakar. Maka Abu Bakar ra berpendapat bahawa jangan di bunuh tawanan tersebut, jadikan tebusan, boleh juga mereka mengajar anak2 muslimin membaca, menulis dan sebagainya. Bila mana ditanya kepada Umar ra, beliau dengan tegas menjawab, harus di bunuh semua tawanan perang. Begitulah tegas Saidina Umar ra. Akan tetapi Rasulullah saw mengambil pendapat Abu Bakar dalam hal ini, maka turun ayat menerangkan bahawa pendapt Umar adalah sebetulnya…
Akan tetapi, tidaklah Rasulullah saw berdosa dengan kesilapan itu, kerana telah di ketahui sejak awl lagi bahawa Rasulullah saw adalah ma’sum.
Berbalik kepada tajuk yang asal. Pagi ini saya ada mendengar tazkirah ringkas selpas solat Subuh, antara isi kandungan tazkirah ringkas tersebut adalah berkenaan ciri2 orang muttaqin, di petik dalam Al quran surah ali ‘imran..
1.     Mereka yang menginfakkan harta2 meraka dalam keadaan mereka lapang dan sempit
2.     Mereka yang menahan marah meraka (ketika mereka nk marah)
3.     Mereka yang memaafkan orang lain
4.     Dan apabila mereka melakukan faahisyah ataupun mereka menzalimi diri meraka sendiri, terus mereka mengingati Allah (memohon keampunan)
Maka Allah mengampuni dosa2 mereka, dan siapa yang akan mengampuni dosa2 manusia kecuali Allah?
 Allah lah yang Maha Kaya, segala2 milik Allah..Allahu Akbar..
Dalam entri kali ini fokus saya adalah yang ke4..dimana, sebagai hamba, tidak boleh kita berputus asa, jemu, malas beribadah. Sesungguhnya solat kita, segala amalan kita, hidup kita dan mati kita adalah untuk Allah.
Sentiasalah berdoa kepadaNya, dalam ape bahasa sekalipun, bahasa kelate pn boleh,sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, bkn sahaja yang di ucapkan secara harfi, malah yang terdetik di hati hamba2Nya pn Allah tahu. Benar, Allah Maha Mengetahui..
Allah berfirman dalam Surah Al Baqarah, “ Dan apabila hambaKu sesuatu dari Ku, sesungguhnya aku dekat (pada mereka), Aku akan menjawab permohonan mereka apabila mereka memohon kepada Ku”
Allah tidak sedikit pun menzalimi atau tidak menghiraukan hamba2nya bahkan kita sendiri yang menzalimi diri kita sendiri. Kita lari dari Allah, tidak bersyukur atas nikmat yang Allah kurnikan kepada kita, selalu melakukan maksiat kepadaNya,hidup dengan penuh kesesatan yang nyata. Sesungguhnya agama sudah tiada dalam hidup. Hidup dalam kegelapan, fitnah sana sini. Zina, salah laku moral dan sebagainya. Keruntuhan akhlak di kalangan muda mudi. Minum arak, kaki perempuan, suka berfoya2, judi, gila kuasa.
Kita sebagai hamba, kenallah asal usul kita,dari mana kita datang, untuk apa kita datang, kemana kita akan pergi selepas ini. Tanya la diri kita. Sesunnguhnya, kita hanyalah tanah yang hina, yang mana dari mana kita datang, kesitu juga kita akan kembali nanti
Firma Allah
“Dari nya (tanah) kamu diciptakan, dan pada nya(tanah) kamu akan di kembalikan, dan dari nya(tanah) juga lah kamu akan di keluarkan(dibangkitkan) sekali lagi”
Jangan lah kita berlagak sombong, berjalan di atas muka bumi Allah ini dengan angkuh. Kalaupun kita seorang PM, isteri PM, TPM, jaguh bina badan, orang kaya, jutawan, black belt holder sekalipun.. Allah boleh tarik bila2 masa shaja..
“Izaa araada syai an, an yakuulalahu kun fayakun”

Wallahua’lam
Segala yang baik dtg dari Allah swt..
Mgkin ada yang tersilap info, mohon tunjuk ajar

Hafizien,
Eng. iium