~Fi Ayyi Ardhin Taskun Fa Hunaka DAkwatun Tubna~

Saturday, July 30, 2011

Ramadhan dan Al Quran

Assalamualaikum wbt

Di kesempatan ini saya ini mengucapkan selamat berpuasa kepada semua
Muliakan lah tetamu agung ini kerana ia datang hanya setahun/sekali
Ia datang membawa banyak keberkatan, rahmat, maghfirah
Untuk hamba2 yang mengharapkan keampunan dari Allah swt
Bersedialah dari sekarang
Persediaan mental dan fizikal untuk mengalu2kan ketibaan bulan agung ini
Jgn lepaskan peluang, rebutlah peluang untuk beramal ibadat kerana
Ini ada pesta ibadah, yang menawarkan banyak promosi
Bulan tarbiah diri agar menjadi hamba yang lebih bertaqwa..Aminn

Sebut sahaja bulan tidak dapat di pisahkan dengan Al Quran
Al Quran adalah kitab Allah di turun kpd Nabi kita Muhammad saw melalui Malaikat Jibril
Pendapat mengatakan ia nya di turunkan pada malam Lailatul Qadr (lebih baik dr seribu bulan)
Ramadhan adalah bulan Al Quran
Malaikat datang untuk mendengar bacaan hafalan Rasulullah saw
Segala hafalan mesti di dengari supaya ia nya kekal dalam hati

Begitu jgk dengan kita yang hafal Al Quran
Salah satu cara untuk mengekalkan hafalan kita adalah dengan membaca ayat2 hafalan kita ketika dlm solat
Ni saya kongsikan sedikit teknik untuk penghafal ataupun Hafiz untuk di amalkan sama2

1. Jangan lupa baca doa:


اللَّھُمَّ ارْحَمْناَ بِالْقُرْآنِ وَاجْعَلْھُ لَناَ إِماَماً وَنُوراً وَھُدىً وَرَحْمَةً
اللَّھُمَّ ذَكِّرْناَ مِنْھُماَ نُسِّیْناَ وَعَلِّمْناَ مِنْھُمَا جَھِلْنَا وَارْزُقْناَ تِلاَوَتَھُ أَنَاءَ اللَّیْلِ وَأَطْرَافَ النَّھَارِوَاجْعَلْھُ لَناَ حُجَّةً یَا رَبَّ الْعَالَمِینَ.

“ Ya Allah Rahmatilah kami dengan Al Quran, jadikanlah ia pemimpin , cahaya
dan petunjuk dan rahmat bagi kami. Ya Allah ingatkanlah kami apa yang kami dilupakan , ajarilah kami apa tidak tahu dan berikanlah kami rezeki membacanya di sebelah malam dan di sebelah siang. Jadikanlah ianya hujjah bagi kami wahai Tuhan sekalian alam”.

2. Pastikan Al Quran kena ulang selalu. Baca banyak kali agar tidak lupa. Wat jadual ke. Hari baca ape esok baca ape.
3. Berusaha untuk memperbaiki bacaan, memahami makna, hukum dan hikamh yang terkandung di dalam setiap ayat.
4. Berusaha untuk beramal setiap ajaran yang di bawa dalam Al Quran
5. Jangan melihat perkara2 yang di larang contohnya gambar yang tidak senonoh, lucah dan sebagainya
6. Kepelbagaian dalam ulangan..contohnya melalui pendengaran
7. Menjaga tingkat laku kita, jgn selalu ketawa yang xingat dunia
8. Kne jaga makan, jangan makan banyak, makan pelik2 (syubhah jauhkan)
9. Jaga hubungan dengan Allah dan manusia
10. Berqiamullail dan membaca hafalan dalam solat
11. Niat yang betol

Insyaallah kita sama2 amalkan supaya hafalan kita berkekalan.  amin..

Selamat menyambut puasa yang akan tiba 2 hari lagi
Rebutlah peluang puasa kali agar ia menjadi puasa yang terbaik dalam hidup kita berbanding puasa yang lalu
Jom kita berlumba2 kepada kebaikan



Friday, July 22, 2011

Aku dan pantai (part 2)


Aku dan pantai (part 2)
Ke pulau hantu

Untuk episode kali ni..
Perjalanan yg melibatkan 6 org
Pakcik bot (ayah kwn aku) , kwn aku1, kwn aku 2 n abg nya aku n abg aku
Kami ke pulau hantu
Menaiki bot di pengkalan hadapan rumah aku
Kali ni pn aku tidak meminta izin dr mk n ayh aku..haha..xserik lg
 Selama lebih kurg 30 -45 minit perjalanan dlm bot..
Kami pn smpai la di pulau tersebut
Keadaan yg agak menakutkn
Ketibaan kami di sambut oleh seekor biawak yg turut berenang dlm sungai
Dengan bunyi2an dlm hutan…
Bot kami berlabuh perlahan2 di sertai bunyi2 haiwan yg ada dlm pulau tersebut
Sebenarnya tujuan kami pergi hanya u bjln2 smbil ayah kwn aku tu ingin melihat hasil tgkapan ketam
Sambil2 jalan2 pkcik menjala dalam laut..macam2 dpt
Ada ikan..ada udang..ikan pn mcm2 yg dpt
Kami la yg tolong lepaskn ikan yg masuk jala
Semua hasil tgkapan kami bhagikan sama rata
Sambil2 main ada antara kami mandi laut
Aku sorg je yg xmandi sebab aku takut..hehe
Banyak jugala hasil tgkapan kami untuk di bawa pulang
Ada ikan Sembilan@semilan@9 ntahla..mcm mane nk eja..
Sebijik mcm ikan keli..kalu kari sodappp
Ada ikan kitang….lebih kurg pirana..haha..sikit..duri dia bahaya…tajam.kalu kene boleh demam
Dan macam2 lg la
Bila selesai..kami semua dah penat
Muka aku pn hangus hitam di bakar cahaya matahari..haha
Tiba masa untuk pulang…
Bila je sampai rumah..mcm biasa..haha
Bersedia untuk menadah telinga n badan sekali u di rotan..hahaha
Xserik2…nakal jugak aku ni..
Ok..nnti ada episode lain lg..aku n semua family aku pergi berkelah di pulau dgn menaiki bot
Ni antara kenangan yg paling indah dlm idup aku..
Pergi berkelah di pulau dgn fmily semua ada..

Aku dan pantai (part 3)
Berkelah di pulau

Monday, July 18, 2011

Aku dan Pantai (part 1)


Part1 : Igat ‘kepah licin’

Rumah aku terletak di kampung dalam rhu
Lebih kurang 20 km lebih dr bndar KB
(aku xpsti exact distance tp klu naik moto 30 min la nga moto slow2)
Lebih kurang 10 km dr pntai sri 7
(ni pun aku xpsti exact distance tp klu naik moto 10 min dh smpai kot)

Aku memang pntang la kalau sebut pasal pntai
Sejak kecil lagi aku memang suka pntai
Tidak hairanlah klu stiap kali aku blik kampong tidak sah klu aku tidak pegi ke pntai
Tidak kisah la wat ape pun, jalan2 makan angin, ambik angin.. (jgn buang sudah) :p

Waktu aku kecik2 dlu, aku selalu menumpang pkcik jiran aku ke pntai
Beliau merupakan seorang nelayan dan memiliki sebuah bot
Jadi aku tidak melepaskan peluang untuk mengikut pkcik tu ke laut
Tambahn pulak anak dia kawan aku sejak kecik lg
Pernah sekali aku ikut pkcik tu pegi cari ‘kepah licin’ (aku pn xtaw nama dia dlm bhsa standard)
Pd waktu aku tergesa2 nk ikut rmbongan bot tersebut. Ramai lg kwn2 aku yg lain
Mak aku lalu bertanya nk pg mane nib wk kain plikat tgesa2 ni?
Aku jwb selamba..’nk ikut kwn pegi ctu’….hehe..trus aku lari..ala..aku kecik lg time ni..haha

Pd ketika itu bulan pose dan aku pn msti la pose jgk la
Aku terus lari pegi ke bot, pengkalan bot depan sikit dari rumah aku..hahaha..laaariii..
(Nakal jgk kan aku masa kecik)
Maka bermula lah ekspidisi aku ke laut bersama kwn2 aku yang lain menaiki bot pkcik jiran aku tu dan meredah sungai
Aku sudah lupa berapa ramai orang yang ikut serta dlm rmbongan ni…tp ramainya..
Dah sampai di tempat yg di tuju..

Maka bermula la aktiviti aku mencari kepah licin…hehehe..
Senang je cri binatang ni..hanya perlu guna tgn, kaki dan rasa ia dlm pasir dlm air…jumpa la ia
Pd wktu tu air cetek je..toho..
Aku cari2 guna tgn..haa..dapat pn..hehe.guna kaki..haa..dpt pn jgk..
Bnyk jugak aku dpt tngkap binatang tu.1 plastik.supit la…pro katakan..haha.perasan skit
Tp kan..ada stu ketika tu, plastic kwn aku tu bocor..ape lagi terlepas la ia senyap2
Aku kebetulan berada di belakang kwn aku tu..aku terfikir kenapa bnyk pelik je kepah ni…haha
Xpe la..rezeki la ni..aku xtaw pada awlnya yang kepah2 ni dr plastic kwn aku yg bocor..hahaha..nasib la bdn…hahahaha

Akhirnya dia sedar…haha..xpe..dia bg je..xde rezeki dia..hahaha..
Setelah penat mencari2
Akhirnya tiba waktu pulang…
Dlm pjlnan pulang..dlm bot..kami membagi2 semula hasil tgkapan..sape yg skit akan di tpup tmbh skit..hehe..(actually aku lah yg paling sikit dpt…hahaha..kwn2 aku pn tmbah skit)

Pabila sampai di rumah……….
Jeng jeng jeng …..
Rupa2nya…mak aku sudah sedia dgn btg paip..nk rotan aku…
Sebab aku pegi pntai xbgtaw td..kene aku ptg tu..sakit…huhu..xnangis pun..anak jntan katakan..hahaha
Abg aku ape kurang nya…garang semacam je..dia marah aku semarah2nya…teruk aku kena…kesian..
Dia kata abis dh batal pose aku lama berendam dlm laut..mane taw time2 brendam…hehehehe.. (air msin tu)
Tapi diorg mkn juga kepah yg aku igat..haaa..pahtu marah aku..huhuhuhu..sedih..haha
Xpe..akan datang aku pegi lagi..hahaha…xserik2..


@@@Nantikan kisah aku ke Pulau Hantu mengikuti pkcik jiran aku yg sama, tp kali ni abg aku pn ikut sama..hehehe@@@




Wednesday, July 13, 2011

Rindu Berlepasan..

Alhamdulillah
Aku bersyukur kepada Mu Ya Allah..
Atas nikmat kurnia Mu
Aku masih berdiri di sini
Menggunakan segala nikmat yang Kau kurniakan
Lebih2 lagi..aku dapat pulang ke kampung halaman ku
Walaupun untuk sekejap sahaja
Aku balik kampung pada 8hb malam
Tiket bas aku pada malam tu pukul 9.30pm
Tempat naik di greenwood
Tempat yang tidak asing lagi bagi aku bila nak balik kampung
Tapi malangnya..
Selama 2 jam aku tungu bas Mutiara tp xsampai2
Letih menunggu.
Aku dah mula risau
Takut2 aku telah ditinggalkan bas
Tapi memang ramai yang menunggu pada waktu itu
Rupa2nya..
Pada malam itu, pokcik2 polis sedang wat road block
Konon2nya nak halang gelombang KUNING
BERSIH la...
Hebat jugak tempias BERSIH ni
Semua perjalanan bas tergendala pada malam tu
Kesian..huhu
Tapi xjadi masalah..yang masalah polis tu yang buat sekatan
Nk halang orang ramai yang datang masuk KL
Wat sekatan, wat halangan..tapi masih..
Orang ramai dapat datang BERSIH
SYABAS peserta BERSIH kerana berjaya menggoncangkan sedikit sebanyak...huhu
Ok.
Di sini aku nk bincang pasal aku balik
Aku di kampung ku..
Walaupun hanya 2 hari pulang..
Dari segi zahirnya..memang terasa sekejap
Akan tetapi aku merasa sungguh bahagia kerana dapat berjumpa Mk, Ayh, adk bradik, ank buah, org kg..n lain2 lg..
Sempat pergi soping..tp ada juga hajat yang tidak kesampaian
Mungkin kepulangan aku yang akn datang dapat merealisasikan impian aku
Rindu yang selama ini menghantui diri akhirnya terbalas..
Syukur Alhamdulillah
Insyaallah aku akan pulang lagi
hehehehehehe :-)

Friday, July 8, 2011

Aku Rindu....

Salam Alaik
Ptg ni ambl masa skit nk post entri
Nak balik kmpung mlm ni
Naik bas
Tiket pergi balik RM86.20
Wuu..Keluarkan duit RM100 trus habis
Tp itu semua xjadi hal sebenarnya
Tiada nilai sgt kalau nk dibandingkan dengan mahal harganya dapat bertemu dgn Mak n Ayah aku
Walaupn bru sebulan xbalik rumah
Tp rasa rindu untuk berjumpa Mak  Ayah
Cium tgn, cium pipi dan  pluk Mak Ayah
Tu la yang paling mahal nilaianya yang tiada tandingan
Mk Ayh..nk balik dh ni..hehehe