~Fi Ayyi Ardhin Taskun Fa Hunaka DAkwatun Tubna~

Friday, March 25, 2011

PEnYokoNg KeR@JaAn Z@liM Di HaL@u dari TeL@Ga KauTs@R

Bismillah
Assalamualaikum wbt

"Bukanlah sikap orang mukmin yang suka mendampingi raja  atau pemerintah jika dengan maksud untuk mendapatkan habuan tertentu"

At-Tirmizi meriwayatkan sebuah hadis, Kaab bin Ujrah berkata, pada suatu hari Rasulullah saw bersabda yang bermaksud " Wahai Kaab, aku mohon perlindungan drpd Allah supaya melindungimu drpd pemerintah2 yang datang selepas aku. Sesiapa yang mendatangi pemerintah2 di tempat kediaman rasmi mereka, serta membenarkan pembohongan para pemerintah dan menolong segala kezaliman mereka, sesungguhnya mereka bukan drpd umatku.ia tidak dpat menemui aku dan menghampiri telagaku (Telaga Kautsar) di akhirat kelak. Sesiapa yg terpaksa pergi ke istana pemerintah sedang ia tidak membenarkan pembohongan pemerintah dan tidak membantu di atas kezaliman pemerintah, sesungguhnya aku adalah sebahagian drpdnya...

Golongan yg tidak dpt minum air Telaga Kautsar di akhirat kelak adalah golongan yg suka mendekati istana ataupun mengampu pemerintah bagi mendapatkan habuan2 tertentu. Mereka mempunyai tujuan duniawi. Mereka juga menyedari bahawa pemerintah tersebut adalah dengan terang tidak mngikut serta menentang sunnah Rasulullah saw. Akan tetapi, mereka sanggup membenarkan serta mengampu pemerintah2 yang zalim.

Sikap buruk mereka yang mendampingi pemerintah2 yang zalim sedang mereka menyedari penyelewengan yang telah di lakukan oleh pemerintah2 tersebut. Mereka tidak berani untuk menegur kesalahan yang melanggar syarak dan sunnah bahkan mengiakan sahaja kesalahan yang di lakukan oleh pemerintah zalim tersebut. Syaitan bisu.
"Qulil haqq walau kaana murran"

Apabila sseorang itu membenarkan pembohongan yang di lakukan oleh pemerintah yang zalim, maka ia bercanggah dengan prinsip Islam.
Apakah jenis pemerintah yang zalim ini?
Yang jelas adalah pemerintah yang tidak melaksanakan hukum Allah dan undang2 yang termaktub dalam Alquran. Masih lagi berpegang kepada undang2 barat dan penjajah. Akan tetapi berani mendakwa sebagai kerajaan Islam. Mereka menjaja sana sini yang apa yang mereka bawa adalah Islam yang sebenar, akan tetapi pada hakikatnya adalah sekular. Islam mengharamkan judi dan arak, akan tetapi "negara Islam" jnis yang di bawa mereka menghalalkan judi dan arak, wujud banyak pusat2 judi subur di segenap tempat, meluluskan konsert yang nyata bertentangan dgn ajaran Islam yang di dakwa.
Bahkan isteri2 pemerintah yang di katakan membawa ajaran Islam itu tidak memakai tudung. Mereka sibuk membicarakan tentang Islam, sedangkan mereka tidak mengetahui nilai Islam itu sendiri.

Itulah pendustaan yang nyata yang boleh di jadikan hujah. bahkan masih banyk lagi pendustaan yang mereka lakukan.
Persoalannya. Apakah yang di lakukan oleh mereka2 yang bertanggungjawab dalam hal ini dalam membetulkan keadaan yang terpesong ini. Di manakah perginya golongan2 beragama yang di tugaskan untuk membetolkan keadaan ini.
Inilah persoalannya. Bukan lah orang mukmin yang hanya mendekati pemerintah2 dengan hanya bertujuan untuk mendaptkan habuan2 tertentu. Akan tetapi tidak sedikit pn rasa tergerak di hati untuk membetulkan apa yang telah terpesong. Cukuplah sekadar poket tidak kosong.

Orang mukmin tidak akan menyokong kezaliman pemerintah. Maka sesungguhnya Nabi saw menjadi sebahagian drpd diri mukmin tersebut.

Justeru itu, setiap mukmin wajib berusaha sepenuh tenaga untuk menjadi sebahagian drpd diri Rasulullah saw, iaitu bersikap tegas terhadap pemerintah yang zalim, tidak membenarkan sebarang pembohongan yang di lakukan oleh pemerintah dan tidak berkompromi dengan kezaliman yang di lakukan.

Mudahan2, semua kita bukan dari golongan yang di halau drpd meminum telaga Kautsar di akhilak kelak..




hafizien
iium

No comments:

Post a Comment