~Fi Ayyi Ardhin Taskun Fa Hunaka DAkwatun Tubna~

Tuesday, March 22, 2011

Kita hamba yang lemah


Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah kerana dapat dipertemukan lagi dalam blog ini. Maha suci Allah yang masih menjadikan kita sebagai orang Islam dan mengurniakan kita dengan keimanan. Sesungguhnya nikmat Islam dan nikmat iman adalah sesuatu yang tiada nilainya. Sedang kita masih di beri pleuang oleh Allah swt untuk memiliki kedua2nya. Alhamdulillah
 Allah berfirman dalam Al quran yang bermaksud “ Dan jika sekiranya kamu ingin menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menghitungnya
 Sebelum kita tidur di malam hari, adakah kita muhasabah diri kita apakah yang telah kita lakukan untuk kesekian hari tersebut. Adakah amalan kebaikan yang di lakukan mengatasi maksiat yang telah di lakukan. Apabila seseorang tersalah melakukan dosa, maka jangan lah ia berputus asa dari rahmah Allah, sesungguhnya Allah Maha Memberi Rahmat.  Sedang Allah telah menyatakan di dalam Al quran yang bermaksud Janganlah kamu berputus asa dari rahmah Allah
Tiada seorang pun di dunia ini yang tidak pernah terlepas dari melakukan dosa, kecuali para nabi ‘alaihimussolatu wassalam yang mana mereka adalah ma’sum yang terlepas dari dosa. Ia berbeza dengan kesilapan di mana Nabi saw juga pernah tersilap, di dalam kes tebusan peperangan Badar.
Dalam peperangan tersebut, tentera Muslimin yang hanya seramai 313 org telah mencapai kemenangan. Maka timbul lah persoalan apakah yang akan di lakukan kepada tebusan2 kafir. Lalu ditanya pendapat Abu Bakar. Maka Abu Bakar ra berpendapat bahawa jangan di bunuh tawanan tersebut, jadikan tebusan, boleh juga mereka mengajar anak2 muslimin membaca, menulis dan sebagainya. Bila mana ditanya kepada Umar ra, beliau dengan tegas menjawab, harus di bunuh semua tawanan perang. Begitulah tegas Saidina Umar ra. Akan tetapi Rasulullah saw mengambil pendapat Abu Bakar dalam hal ini, maka turun ayat menerangkan bahawa pendapt Umar adalah sebetulnya…
Akan tetapi, tidaklah Rasulullah saw berdosa dengan kesilapan itu, kerana telah di ketahui sejak awl lagi bahawa Rasulullah saw adalah ma’sum.
Berbalik kepada tajuk yang asal. Pagi ini saya ada mendengar tazkirah ringkas selpas solat Subuh, antara isi kandungan tazkirah ringkas tersebut adalah berkenaan ciri2 orang muttaqin, di petik dalam Al quran surah ali ‘imran..
1.     Mereka yang menginfakkan harta2 meraka dalam keadaan mereka lapang dan sempit
2.     Mereka yang menahan marah meraka (ketika mereka nk marah)
3.     Mereka yang memaafkan orang lain
4.     Dan apabila mereka melakukan faahisyah ataupun mereka menzalimi diri meraka sendiri, terus mereka mengingati Allah (memohon keampunan)
Maka Allah mengampuni dosa2 mereka, dan siapa yang akan mengampuni dosa2 manusia kecuali Allah?
 Allah lah yang Maha Kaya, segala2 milik Allah..Allahu Akbar..
Dalam entri kali ini fokus saya adalah yang ke4..dimana, sebagai hamba, tidak boleh kita berputus asa, jemu, malas beribadah. Sesungguhnya solat kita, segala amalan kita, hidup kita dan mati kita adalah untuk Allah.
Sentiasalah berdoa kepadaNya, dalam ape bahasa sekalipun, bahasa kelate pn boleh,sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, bkn sahaja yang di ucapkan secara harfi, malah yang terdetik di hati hamba2Nya pn Allah tahu. Benar, Allah Maha Mengetahui..
Allah berfirman dalam Surah Al Baqarah, “ Dan apabila hambaKu sesuatu dari Ku, sesungguhnya aku dekat (pada mereka), Aku akan menjawab permohonan mereka apabila mereka memohon kepada Ku”
Allah tidak sedikit pun menzalimi atau tidak menghiraukan hamba2nya bahkan kita sendiri yang menzalimi diri kita sendiri. Kita lari dari Allah, tidak bersyukur atas nikmat yang Allah kurnikan kepada kita, selalu melakukan maksiat kepadaNya,hidup dengan penuh kesesatan yang nyata. Sesungguhnya agama sudah tiada dalam hidup. Hidup dalam kegelapan, fitnah sana sini. Zina, salah laku moral dan sebagainya. Keruntuhan akhlak di kalangan muda mudi. Minum arak, kaki perempuan, suka berfoya2, judi, gila kuasa.
Kita sebagai hamba, kenallah asal usul kita,dari mana kita datang, untuk apa kita datang, kemana kita akan pergi selepas ini. Tanya la diri kita. Sesunnguhnya, kita hanyalah tanah yang hina, yang mana dari mana kita datang, kesitu juga kita akan kembali nanti
Firma Allah
“Dari nya (tanah) kamu diciptakan, dan pada nya(tanah) kamu akan di kembalikan, dan dari nya(tanah) juga lah kamu akan di keluarkan(dibangkitkan) sekali lagi”
Jangan lah kita berlagak sombong, berjalan di atas muka bumi Allah ini dengan angkuh. Kalaupun kita seorang PM, isteri PM, TPM, jaguh bina badan, orang kaya, jutawan, black belt holder sekalipun.. Allah boleh tarik bila2 masa shaja..
“Izaa araada syai an, an yakuulalahu kun fayakun”

Wallahua’lam
Segala yang baik dtg dari Allah swt..
Mgkin ada yang tersilap info, mohon tunjuk ajar

Hafizien,
Eng. iium

No comments:

Post a Comment