~Fi Ayyi Ardhin Taskun Fa Hunaka DAkwatun Tubna~

Saturday, July 30, 2011

Ramadhan dan Al Quran

Assalamualaikum wbt

Di kesempatan ini saya ini mengucapkan selamat berpuasa kepada semua
Muliakan lah tetamu agung ini kerana ia datang hanya setahun/sekali
Ia datang membawa banyak keberkatan, rahmat, maghfirah
Untuk hamba2 yang mengharapkan keampunan dari Allah swt
Bersedialah dari sekarang
Persediaan mental dan fizikal untuk mengalu2kan ketibaan bulan agung ini
Jgn lepaskan peluang, rebutlah peluang untuk beramal ibadat kerana
Ini ada pesta ibadah, yang menawarkan banyak promosi
Bulan tarbiah diri agar menjadi hamba yang lebih bertaqwa..Aminn

Sebut sahaja bulan tidak dapat di pisahkan dengan Al Quran
Al Quran adalah kitab Allah di turun kpd Nabi kita Muhammad saw melalui Malaikat Jibril
Pendapat mengatakan ia nya di turunkan pada malam Lailatul Qadr (lebih baik dr seribu bulan)
Ramadhan adalah bulan Al Quran
Malaikat datang untuk mendengar bacaan hafalan Rasulullah saw
Segala hafalan mesti di dengari supaya ia nya kekal dalam hati

Begitu jgk dengan kita yang hafal Al Quran
Salah satu cara untuk mengekalkan hafalan kita adalah dengan membaca ayat2 hafalan kita ketika dlm solat
Ni saya kongsikan sedikit teknik untuk penghafal ataupun Hafiz untuk di amalkan sama2

1. Jangan lupa baca doa:


اللَّھُمَّ ارْحَمْناَ بِالْقُرْآنِ وَاجْعَلْھُ لَناَ إِماَماً وَنُوراً وَھُدىً وَرَحْمَةً
اللَّھُمَّ ذَكِّرْناَ مِنْھُماَ نُسِّیْناَ وَعَلِّمْناَ مِنْھُمَا جَھِلْنَا وَارْزُقْناَ تِلاَوَتَھُ أَنَاءَ اللَّیْلِ وَأَطْرَافَ النَّھَارِوَاجْعَلْھُ لَناَ حُجَّةً یَا رَبَّ الْعَالَمِینَ.

“ Ya Allah Rahmatilah kami dengan Al Quran, jadikanlah ia pemimpin , cahaya
dan petunjuk dan rahmat bagi kami. Ya Allah ingatkanlah kami apa yang kami dilupakan , ajarilah kami apa tidak tahu dan berikanlah kami rezeki membacanya di sebelah malam dan di sebelah siang. Jadikanlah ianya hujjah bagi kami wahai Tuhan sekalian alam”.

2. Pastikan Al Quran kena ulang selalu. Baca banyak kali agar tidak lupa. Wat jadual ke. Hari baca ape esok baca ape.
3. Berusaha untuk memperbaiki bacaan, memahami makna, hukum dan hikamh yang terkandung di dalam setiap ayat.
4. Berusaha untuk beramal setiap ajaran yang di bawa dalam Al Quran
5. Jangan melihat perkara2 yang di larang contohnya gambar yang tidak senonoh, lucah dan sebagainya
6. Kepelbagaian dalam ulangan..contohnya melalui pendengaran
7. Menjaga tingkat laku kita, jgn selalu ketawa yang xingat dunia
8. Kne jaga makan, jangan makan banyak, makan pelik2 (syubhah jauhkan)
9. Jaga hubungan dengan Allah dan manusia
10. Berqiamullail dan membaca hafalan dalam solat
11. Niat yang betol

Insyaallah kita sama2 amalkan supaya hafalan kita berkekalan.  amin..

Selamat menyambut puasa yang akan tiba 2 hari lagi
Rebutlah peluang puasa kali agar ia menjadi puasa yang terbaik dalam hidup kita berbanding puasa yang lalu
Jom kita berlumba2 kepada kebaikan



No comments:

Post a Comment