~Fi Ayyi Ardhin Taskun Fa Hunaka DAkwatun Tubna~

Wednesday, April 27, 2011

Bersabar....


Hentaman pertama

Suatu hari, Rasulullah saw berjalan melalui satu tanah perkuburan. Di satu sudut didapati ada seorang wanita duduk menangis di sisi pusara anaknya sambil menangis.
Rasa simpati terbit dalam hati Rasulullah saw, lantas Baginda bersabda yang bermaksud: “Bertaqwalah kepada Allah dan bersabarla.”
Sebaik sahaja mendengar lafaz sabar, wanita itu naik angin. Di halaunya Rasulullah saw, “Jauhkan dirimu daripadaku! Engkau tidak menderita ditimpa musibah sepertiku.” Jelaslah, wanita itu tidak tahu bahawa pesan sabar itu lahir dari hati seorang Rasul. Sebab itu agak kasr bicaranya.
Namun Rasulullah saw sedikitpun tidak tersinggung. Baginda meneruskan perjalanan baginda.
Setelah diberitahu oleh orang yang ada berdekatan bahawa yang menasihatinya itu ialah Rasulullah saw, rasa terbit dalam hatinya. Wanita itu segera bergegas pergi menemui Rasulullah saw.itulah akibat cepat melenting dan tidak bersabar.
Lafaz pertama yang terbit saat dia menemui Rasulullah saw ialah ucapan maaf. “Maaf, aku tidak mengenalimu wahai Rasulullah saw.” Rasulullah saw tetap tenang, malah ucapan Baginda berupa wahyu itu memandu kita tentang sabar hingga hari ini. Sabda Baginda yang bermaksud: “Sesungguhnya kesabaran itu ialah pada hentaman (pukulan) pertama.” (Muttafaqun ‘alaih)

p/s ; dipetik dr Majalah Solusi keluaran bulan5

No comments:

Post a Comment