~Fi Ayyi Ardhin Taskun Fa Hunaka DAkwatun Tubna~

Saturday, June 12, 2010

Aku Cinta Allah

Lemas..
Mata terpejam..
Fikiran melayang-layang.. Jauh ke hujung dunia..
Padahal jasad kaku di pembaringan..
Melayan apa saja yang datang di fikiran..

Mata di bukakan..
Melihat sekeliling gelap gelita tiada terang..
Berkelip-kelip melihat jam..
Tertanya-tanya..
Berapakah jam sekarang..

Hampir tiba masanya untuk sembahyang..
Namun jasab masih lena di ranjang..
Maka berlaku lah pertarungan..
Antara cinta dan juga gelita..
Yang kuat pasti menang..

Begitu sukar mengalahkan gelita..
Namun, atas dasar cinta yang hakiki..
Cinta yang abadi..
Cinta kepada Ilahi..
Diri ini di gagahi..

Bangkit dengan kemenangan dalam pertarungan..
Menuju cinta Tuhan..
Rebah sujud kepadaNya..
Tiada yang dapat menghalang..

Kerana...
Aku Cinta Allah......

by,
MHAA
ben_nahley@yahoo.com
B.Eng(Biochemical-Biotechnology)
KOE
IIUM

No comments:

Post a Comment