~Fi Ayyi Ardhin Taskun Fa Hunaka DAkwatun Tubna~
There was an error in this gadget

Tuesday, September 18, 2012

Kenangan Terindah

Assalamualaikum wbt...

Tanggal hari ini, sudah hampir setahun Ayah dan Cik pergi ke Mekah untuk menunaikan haji. Setelah sekian lama menunggu giliran, beberapa kali buat rayuan akhirnya dapat juga di pilih untuk menunaikan rukun Islam ke5 itu..syukur Alhamdillah..

Maka berangkatlah Ayah dan Cik ke Mekah Mukarramah pada 180kt2011 (Kalau xsilap). Kami anak2 turut serta mengiringi Ayah dan Cik ke lapangan terbang di Negeri Ganu kita (lupa nama airport). Kami bermalam di Anis Resort di tempat pantai, di Kuala Terengganu. Aku memang teruja kalau dapat bermain2 di tepi pantai. Tempat kegemaran ku.

Ketika ketiadaan Ayah dan Cik, rumah aku sunyi sepi. Pernah beberapa malam aku tidur berseorangan di rumah. Pada ketika itu, aku sedang menjalani latihan industri halal di JAHEAIK. Masa berlalu dengan pantas. Hari raya Aidil Adha di sambut tanpa Ayah dan Cik tapi tetap meriah. Abe Sudin sebagai ganti menjadi juru sembelih lembu. Kami adik beradik lain turut membantu mengerjakan seekor lembu bersama2 dengan mereka yang 'berkorban'.

Tiba masa yang di tunggu2. Kami sekeluarga berkunjung semula ke Anis Resort, tapi kali ini untuk menjemput Ayah dan Cik pulang dari menunaikan haji. Hati gembira untuk melepaskan rindu bertemu semula Ayah dan Cik. Kami tiba di resort dan sempat bermain di pantai.

Mat (Abe aku) bawa bola dan kami bermain sama2 di pantai. Abe Sola, Abe Sudin, Abe Sihin, Mat, Abe Amad (Abe Ipar) plus aku dan mene (adik bongsu-tidak main tp tengok je). Maka cukup la 1 regu untuk main takraw. Kami bermain habis2 habisan petang itu.

Pada malam nya kami ke airport untuk menjemput Ayah dan Cik. Malas la nk cerita panjang2. Penat nak taip lagipun xtercapai apa yang nk di ceritakan. so, tengok gambar sudah...hehe (agak terabur)










No comments:

Post a Comment