~Fi Ayyi Ardhin Taskun Fa Hunaka DAkwatun Tubna~

Thursday, June 30, 2011

Makan bila terasa lapar...berhenti sebelum kenyang

Salam

Alhamdulillah, setinggi syukur di panjatkan ke hadrat Allah
Dengan nikmat dan kurnia Nya dapat lagi kita merasa nikmat Iman dan Islam
Masih lagi di berikan kesempatan untuk hidup di ats muka Allah ini
Masih lagi di beri peluang untuk menghidu udara yang Allah kurniakan secara percuma
Masih lagi mampu untuk menikmati hidangan dan menu yang sedap2
Masih lagi mampu untuk meminum minuman kegemaran masing
Masih lagi mampu untuk berjalan, bercakap, dan menggunakan panca indera semuanya

Bahasa mudahnya..nikmat Allah itu cukup banyak
Sampai kita sendiri tidak terhitung
Allah berfirman dalam Al quran
"Jika sekiranya kamu ingin menghitung nikmat Allah, nescaya tidak terhitung banyaknya"
Begitulah pengasihnya Allah terhadap hamba2nya

Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang
Kita pada hari ini kebanyakannya telah tersilap konsep
Telah di 'mind set' kan supaya makan pada waktu2 tertentu
Breakfast, makan
Lunch, makan
Dinner, makan
Supper, makan
Makan makan makan
Sampai waktu makan
Jadi, boleh dikatakan bahawa makan sudah menjadi suatu fenomena
"Time-oriented" bila je cukup waktu, makan
Tidak mengira soal lapar atau tidak
Tapi ada juga yang tidak makan pada waktu2 tersebut
Akan tetapi kita telah di tetapkan
Saya mendengar ceramah dari seorang trainer
Beliau mengatakan bahawa konsep itu harus di ubah
Bila lapar je kita makan tapi dengan syarat berhenti sebelum kenyang
Nabi saw pun mengamalkan yang demikian
Cuba kita amalkan perkara tersebut
Kita tengok apa perubahan yang akan kita perolehi dalam masa terdekat
Cuba la..
Hanya perkongsian
Selamat mencuba!!

1 comment: