~Fi Ayyi Ardhin Taskun Fa Hunaka DAkwatun Tubna~

Tuesday, June 26, 2012

Penawar Hati

Ingin ku kongsikan..
Walaupun sibuk dengan kerja harian
Masih sempat surf internet n jumpa article ni..nk share untuk diri sdrk n yg lain
Khususnya untuk diri sdrk..terima kasih kpd penuli asal..

"Kepada semua, kadangkala perjalanan kita mencapai impian tidak seperti denai yang kita harapkan. Tapi bersangka baiklah dengan Allah SWT. Ada ketikanya Allah SWT lewatkan sedikit kurniaanNYA kerana DIA mahu memberikan kita suatu yang berlipat kali ganda kejayaannya.
Bersabarlah ya, teman. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah dan Mengasihani.
Saya akhiri perkongsian dari hati kali ini dengan sedikit nukilan yang saya temui di sebuah blog yang coretannya benar-benar menyentuh hati saya:

"Bila Allah SWT cepat makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu,
Bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu,
Bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.
Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH SWT,
dalam apa jua keadaan pun kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya."


Tersentuh hatiku setelah menghayati setiap katanya..
Ya Allah..
"Sesungguhnya setiap solatku, dan setiap amalanku, dan hidupku, dan matiku..hanya lah untukMu..."

Sunday, June 24, 2012

Mereka tidak sudi..

Sedih..
Sayu..
Berlinangan air mata memikirkan..
Kalaulah mereka faham..
Mereka bagi harapan..
Siang malam menanti2..
Di pertengahan..di tinggalkan..
Bukan itu yang di harapkn..tp hampa..
Hiba rasa hati..
Kalaulah ada yang memahami..
Keadaan yg sebenar yg di alami..
Realiti diri..
Seorang diri..
Seorang..
Diri..
1...
...


Saturday, June 2, 2012

Macam Manusia Ramai Tp...

Kalau org boleh..aku pon boleh..
Kalau org tidak boleh..tp aku masih lagi boleh..
Tu la istimewa aku, bkn nk puji diri..tp nk angkat bakul je
Kalau org buat baik..sudah tentu aku balas juga dengan kebaikan..malah lebih baik..
Kalau org buat tidak..aku berusaha untuk berbuat kepadanya..tp...
Kalau org menyenangkan hati ku..aku akan menyenangkan hatinya..bahkan lebih..
Kalau org menyusahkan hati..aku masih berusaha untuk menyenangkan hatinya..tp..
Aku ingin hidup dengan kehidupan aku..
Aku tidak mahu mengharapkan org lain..
Jika mereka mahu datang..mereka datang..rapat..
Jika mereka enggan..aku tidak paksa..kerana itu hak mereka 
Tapi kebanyakan mereka ramai yang datang..malahan ada saja yang tidak..
Masih ramai yang ingin..aku bersyukur masih ada mereka dan dia..
Itu saja semangat yang ada..aku syukur
Macam manusia ramai..aku ingin...

Saturday, May 26, 2012

Sabar la wahai hati..

Hati sudah keterlaluan..
Bercakap tanpa berfikir panjang..
Berlandaskan nafsu..binasa
Hati adalah raja..
Anggota adalah tentera..
Segala arahan dari hati..
Anggota lah yang melaksanakan..
Tangan menulis..hati yang cetuskan..
Kaki melangkah..hati yang arahkan..
Semua...hati..hati..
Sabar lah wahai hati..
Jadi hati yang di pandu dengan akal..
Gunakan akal sebelum bertindak...

Tuesday, November 15, 2011

Dalam Kenangan.........

April 2010...
Aku membeli phone baru model E63
Harga RM595+RM15 (screen cover)
Aku membelinya di Plaza Low Yat dengan abg aku
Setelah hampir setahun lebih menggunakan khidmatnya
Akhirnya...
Ia tidak lagi dapat berkhidmat untuk aku
Tangal tarikh 10/11/11 (khamis)
Aku telah kehilangan nya....
Aku yang menaiki motosikal untuk pulang dari kerja
Mendapati ia tiada dalam poket seluarku sebaik sahaja sampai di rumah
Aku terduduk,terpaku,terdiam,terkesima,terkejut
Tidak tahu apa yang harus aku lakukan
Waktu sudah hampir malam
Walaupn aku berusaha untuk mencari semula di jalan2 yang aku lalui
Apakan daya,jodoh aku dengan telefon aku tidak lama
Aku harus menerima taqdir yang telah di tetapkan...
Aku telah kehilangan telefon aku Nokia E63 yang telah berkhidmat untuk aku...




Ni lah gambaran secebis kenangan antara aku tentangnya
huhu

Saturday, July 30, 2011

Ramadhan dan Al Quran

Assalamualaikum wbt

Di kesempatan ini saya ini mengucapkan selamat berpuasa kepada semua
Muliakan lah tetamu agung ini kerana ia datang hanya setahun/sekali
Ia datang membawa banyak keberkatan, rahmat, maghfirah
Untuk hamba2 yang mengharapkan keampunan dari Allah swt
Bersedialah dari sekarang
Persediaan mental dan fizikal untuk mengalu2kan ketibaan bulan agung ini
Jgn lepaskan peluang, rebutlah peluang untuk beramal ibadat kerana
Ini ada pesta ibadah, yang menawarkan banyak promosi
Bulan tarbiah diri agar menjadi hamba yang lebih bertaqwa..Aminn

Sebut sahaja bulan tidak dapat di pisahkan dengan Al Quran
Al Quran adalah kitab Allah di turun kpd Nabi kita Muhammad saw melalui Malaikat Jibril
Pendapat mengatakan ia nya di turunkan pada malam Lailatul Qadr (lebih baik dr seribu bulan)
Ramadhan adalah bulan Al Quran
Malaikat datang untuk mendengar bacaan hafalan Rasulullah saw
Segala hafalan mesti di dengari supaya ia nya kekal dalam hati

Begitu jgk dengan kita yang hafal Al Quran
Salah satu cara untuk mengekalkan hafalan kita adalah dengan membaca ayat2 hafalan kita ketika dlm solat
Ni saya kongsikan sedikit teknik untuk penghafal ataupun Hafiz untuk di amalkan sama2

1. Jangan lupa baca doa:


اللَّھُمَّ ارْحَمْناَ بِالْقُرْآنِ وَاجْعَلْھُ لَناَ إِماَماً وَنُوراً وَھُدىً وَرَحْمَةً
اللَّھُمَّ ذَكِّرْناَ مِنْھُماَ نُسِّیْناَ وَعَلِّمْناَ مِنْھُمَا جَھِلْنَا وَارْزُقْناَ تِلاَوَتَھُ أَنَاءَ اللَّیْلِ وَأَطْرَافَ النَّھَارِوَاجْعَلْھُ لَناَ حُجَّةً یَا رَبَّ الْعَالَمِینَ.

“ Ya Allah Rahmatilah kami dengan Al Quran, jadikanlah ia pemimpin , cahaya
dan petunjuk dan rahmat bagi kami. Ya Allah ingatkanlah kami apa yang kami dilupakan , ajarilah kami apa tidak tahu dan berikanlah kami rezeki membacanya di sebelah malam dan di sebelah siang. Jadikanlah ianya hujjah bagi kami wahai Tuhan sekalian alam”.

2. Pastikan Al Quran kena ulang selalu. Baca banyak kali agar tidak lupa. Wat jadual ke. Hari baca ape esok baca ape.
3. Berusaha untuk memperbaiki bacaan, memahami makna, hukum dan hikamh yang terkandung di dalam setiap ayat.
4. Berusaha untuk beramal setiap ajaran yang di bawa dalam Al Quran
5. Jangan melihat perkara2 yang di larang contohnya gambar yang tidak senonoh, lucah dan sebagainya
6. Kepelbagaian dalam ulangan..contohnya melalui pendengaran
7. Menjaga tingkat laku kita, jgn selalu ketawa yang xingat dunia
8. Kne jaga makan, jangan makan banyak, makan pelik2 (syubhah jauhkan)
9. Jaga hubungan dengan Allah dan manusia
10. Berqiamullail dan membaca hafalan dalam solat
11. Niat yang betol

Insyaallah kita sama2 amalkan supaya hafalan kita berkekalan.  amin..

Selamat menyambut puasa yang akan tiba 2 hari lagi
Rebutlah peluang puasa kali agar ia menjadi puasa yang terbaik dalam hidup kita berbanding puasa yang lalu
Jom kita berlumba2 kepada kebaikan