~Fi Ayyi Ardhin Taskun Fa Hunaka DAkwatun Tubna~

Saturday, March 9, 2013

Edisi Jiwang :-P

Sambil rehat2 dalam UIA..mengimbau kenangan lama yg sgt nostalgik.sehari sebelum pergi ke kenduri kahwin sorg teman.kwn se'maahad' laki dulu,,dan se'besta' merangkap se'uia' la...di majlis tersebut jmpa la dengan rmai kwn2 yg secara xlgsg menggamitkan lagi suasana ke UIA an...hehe..mf bahasa pelik skit..

Bermalam di UIA....sambil rehat di waktu petang...merenung jauh melalui jendela...terbayang kenangan indah di setiap sudut,bucu UIA yg pernah di lalui..

Ok.xmahu berloteh panjg sbb xpndai nk bercerita...walaupun hobi mmg suka bercerita (well-known dikalangan kakak n mak, pabila balik je pasti ada cerita yg ingin disampaikan..dengan penuh gaya n perasaan..family edition je)

Actually..post ptg2 yg indah plus suasana bumi UIA yg tenang ni...post yg sebenar adalah ciput je..ciput tu apa..xtaw la mksud dia.dngr mula2 pn dr ssorg..tp agak2 skit la...

 Ok..ni je nk share..haha...lagu ni dh lama dh..dgr lagu ni seingat tahun 2003..tahun ni first datang kl utk majlis kahwin kakak..dalamnya tersimpan seribu satu kenangan apabila mendengar lagu ini.....sukar nk di gambarkn dengan kata2...skit2 dh la intro utk lagu ni..xleh bnyk2..  _ _ _ _ _ _

So...mempersembahkan.....


Everytime listen...recall....      :-P

Sunday, February 17, 2013

Sy xreti nk buat..huhu

saya nk tukar lgu gratisan musik dr lgu "bila wktu telah berakhir" ke lgu bru tp xreti nk buat

so, sy tbuang trus lgu lama..adoi..jd xmnarik dh...sorry..jgn xfollow dh bila xmnrik deh wahai follower smua...ni lgu bru yg sy mksud kn..

tp..sedih....xreti n xtaw nk buat gane nk tukar :-(



Friday, February 15, 2013

TTDI-->Sepang--->UIA--->Sepang------>Dlm rhu

Travel oh travel..

ct sempena cny..blik kg lg..br je blik kg bbrpa mngu lps.kli ni blik lg.ct smngu nk buat ape kat kl.blik je la.lgpn tket bas dh sve (tumpg).

mmulakan pjlnan pd wktu pg kul11. naik bas u82 tmbg 2.50 duduk belah knan blkg. pikul beg blkg pkai selipar ksygn.hitam.ayh bwk pegi mekah 2thn lps. smpai kl cntral.

ke kaunter klia transit beli tiket klia transit la nk ke salak tingi tmbg 12.50. train melalui bndr tsik selatan-putrajaya/cyberjaya-salak tingi-klia. trn di salak tngi. jalan kaki slma lbh krg 40min sb xdok tksi smpai kota warisan jln warisan indh.smpai2 dh berpeluh.mcm jging.

brmlm smlman di kota warisan.

esok pg tmpg abg ipr yg krja d ptrjya ke putrajaya sentral. xbwk pape.shlai spngg jmpa zai maidin hntr ank dia ke sape xpkai tdg tp. bli tiket klia transit lg dr putrajaya/cyberjya ke kl sntral. trpksa berdiri kerana rmai sgt org.

smpai ke kl sentral beli tiket lrt ke lrt pura.gombak. harga 2.4 je.

smpai di putra lrt. tngu bas 231 rpid kl ke UIA tercinta..haha..tujuan lain nk smbhyg jmaat kat UIA.
sampai ke tmpat yg di tuju...Alhamdulillah. tujuan nk jemput adik di UIA ke sepang semula.....

SKIP-->SKIP--> SKIP
NEXT--> NEXT-->NEXT

dr sepang...pg sbtu..awal pg lgi..turun dr rumah kota warisan...kemas beg..HOREY balik kg..
naik CRV 7 org semuanya..3budk kcik,comel lotey2.. 4 dewasa..

stesen berikutnya...Dalam Rhu..next station...Dalam Rhu....here i come



Tuesday, February 12, 2013

For The Rest Of My Life

Balik minggu lepas terdengar lagu ni kt tv
Rancangan ape ntah kat TV, TV9 kot
Bila dengar2 best la plk...so..ni video klip nya
Sila tonton..


Tahniah pada kwn2, sahabat taulan yg dh kahwin,akan kahwin bertunang dan sebagainya
Hargailah dan syukurilah nikmat Allah yg sangat luas

hehe :P

Thursday, January 31, 2013

Hmmm

Selamat semua

Malam ni bosan xtaw nk buat ape.
Esok jumaat.
Malam utk rehat setelah penat di siang hari...
Tadi sambil taip2 di youtube jumpa lagu ni...
Dengar sekali n video nya..agak menarik..
Ku tujukan lagu ini utk si dia

artis: wali band
tajuk: Doaku Untukmu Sayang


Best lagu ni
video pun best jgk


Sunday, January 20, 2013

Lagu2 pilihan minggu ini

Salam


bosan duk rumah sajo2..post lagu yg di layan
sepanjang duk rumah..hehe..
enjoy the lagus...hehe

Letto Menyambut Janji Lirik - Sinetron Aliya

Ada lagi ni...hehe

 

SHAE - "Sayang" (Official Video)

p/s - ignore klipnya...dengarkan lagunya saja..haha

 

ni lagi ye... 

Raihan: Harapan padaMu subur kembali

p/s - semua mesti dengar dan hayati betol2 nescaya hati akan tersentuh...mata bergenang..



setakat ini dulu..layan






Saturday, January 12, 2013

H J M M

Assalamualaikum wbt


Sudah agak lama tidak menulis.
Hari ni sy mahu menulis.
Sebelum membahasakan diri aku.
Post kali ni..saya..
Sy pun xtaw apa nk tulis sebenarnya.
Hanya mahu beritau yg sy balik kg. haha
Hidup di negeri org banyak dugaan,
Org bagi harapan kpd kita,then kita meletak harapan kpdnya,
Tpi malangnya dia sendiri yg menghampakan kita,
Segala persediaan telah di buat,
Akhirnya pulang hampa,
Sebenarnya panjg ceritanya disebalik kisah ini.
Tpi sy nk tulis pn xbrapa rjin.
Walaubagaimanapun..title H J M M
Tiada kaitan langsung pn..
Susah utk sy luahkan apa yg terbuku di hati
Tidak mengapa..kerana blog ini xda fungsi sgt dh bg sy
Kerana pereka ciptanya sudah berlalu pergi
Tanpa singgah2
Sy xpandai nk jaga
Ikan sy pn lama dh xbg makan
Walaubgaimanapn..dalam ht rasa nk delete je akaun ni..
Tp sayang pulak..ada kenangan terindah, manis leting2 nah dlm ni..hehe
Tak pela..biarlah ia disitu dan akan dilupai dengan sendirinya..lama kelamaan..sendirinya
By the way...tajuk asal post ini adalah

H J M M....ingat...H J M M.....sekali lagi...H J M M

sekian..wassalam :-)

Tuesday, September 18, 2012

Kenangan Terindah

Assalamualaikum wbt...

Tanggal hari ini, sudah hampir setahun Ayah dan Cik pergi ke Mekah untuk menunaikan haji. Setelah sekian lama menunggu giliran, beberapa kali buat rayuan akhirnya dapat juga di pilih untuk menunaikan rukun Islam ke5 itu..syukur Alhamdillah..

Maka berangkatlah Ayah dan Cik ke Mekah Mukarramah pada 180kt2011 (Kalau xsilap). Kami anak2 turut serta mengiringi Ayah dan Cik ke lapangan terbang di Negeri Ganu kita (lupa nama airport). Kami bermalam di Anis Resort di tempat pantai, di Kuala Terengganu. Aku memang teruja kalau dapat bermain2 di tepi pantai. Tempat kegemaran ku.

Ketika ketiadaan Ayah dan Cik, rumah aku sunyi sepi. Pernah beberapa malam aku tidur berseorangan di rumah. Pada ketika itu, aku sedang menjalani latihan industri halal di JAHEAIK. Masa berlalu dengan pantas. Hari raya Aidil Adha di sambut tanpa Ayah dan Cik tapi tetap meriah. Abe Sudin sebagai ganti menjadi juru sembelih lembu. Kami adik beradik lain turut membantu mengerjakan seekor lembu bersama2 dengan mereka yang 'berkorban'.

Tiba masa yang di tunggu2. Kami sekeluarga berkunjung semula ke Anis Resort, tapi kali ini untuk menjemput Ayah dan Cik pulang dari menunaikan haji. Hati gembira untuk melepaskan rindu bertemu semula Ayah dan Cik. Kami tiba di resort dan sempat bermain di pantai.

Mat (Abe aku) bawa bola dan kami bermain sama2 di pantai. Abe Sola, Abe Sudin, Abe Sihin, Mat, Abe Amad (Abe Ipar) plus aku dan mene (adik bongsu-tidak main tp tengok je). Maka cukup la 1 regu untuk main takraw. Kami bermain habis2 habisan petang itu.

Pada malam nya kami ke airport untuk menjemput Ayah dan Cik. Malas la nk cerita panjang2. Penat nak taip lagipun xtercapai apa yang nk di ceritakan. so, tengok gambar sudah...hehe (agak terabur)










Saturday, September 15, 2012

I am alone..again

They have mouths, so they can speak anything..
They can talk to me whatever they want to..
I...have it too, but I did not say a word..wordless,speechless
Why?  I did not know why..

I have two ears..
Better for me listening rather than talking..
It does not mean that I will have to follow or absorb their words
Whatever is good..it is good..
Otherwise..ignore it ignore it..

You are not always true at all time..
You will never walk alone..
There will be someone who is always on your side
Praying for your sake..
Watching you even though you cant realize..
But you must always believe..there will be...

( Do not be sad, h_ _ _ _ :-)  )


Friday, August 17, 2012

Layan Lagu Jiwang Sekali

Aku Sakit
Wali Band

Aku sakit
Bila menatap matamu
Sadarku bahwa engkau bukan milikku

Aku sakit
Bila ku mengagumimu
Sadarku kau tak pernah mengagumi ku

Bangunkan aku dari tidur panjangku
Sadarkan aku dari mimpi tentangmu
Ku salah bila ku berharap padamu
Salah ku paksa kau tuk mengagumi ku

Kau tak tau perasaan ku
Dan ku tak mau kau tau

Aku sakit
Jika kau tau hatiku
Karna diriku tak berarti bagimu

Aku sakit
Bilakah kau sembuhkan aku
Tak mungkin, tak mungkin sungguh tidak mungkin
 
 
p/s: lagu yang mendayu2

Tuesday, June 26, 2012

Penawar Hati

Ingin ku kongsikan..
Walaupun sibuk dengan kerja harian
Masih sempat surf internet n jumpa article ni..nk share untuk diri sdrk n yg lain
Khususnya untuk diri sdrk..terima kasih kpd penuli asal..

"Kepada semua, kadangkala perjalanan kita mencapai impian tidak seperti denai yang kita harapkan. Tapi bersangka baiklah dengan Allah SWT. Ada ketikanya Allah SWT lewatkan sedikit kurniaanNYA kerana DIA mahu memberikan kita suatu yang berlipat kali ganda kejayaannya.
Bersabarlah ya, teman. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah dan Mengasihani.
Saya akhiri perkongsian dari hati kali ini dengan sedikit nukilan yang saya temui di sebuah blog yang coretannya benar-benar menyentuh hati saya:

"Bila Allah SWT cepat makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu,
Bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu,
Bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.
Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH SWT,
dalam apa jua keadaan pun kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya."


Tersentuh hatiku setelah menghayati setiap katanya..
Ya Allah..
"Sesungguhnya setiap solatku, dan setiap amalanku, dan hidupku, dan matiku..hanya lah untukMu..."

Sunday, June 24, 2012

Mereka tidak sudi..

Sedih..
Sayu..
Berlinangan air mata memikirkan..
Kalaulah mereka faham..
Mereka bagi harapan..
Siang malam menanti2..
Di pertengahan..di tinggalkan..
Bukan itu yang di harapkn..tp hampa..
Hiba rasa hati..
Kalaulah ada yang memahami..
Keadaan yg sebenar yg di alami..
Realiti diri..
Seorang diri..
Seorang..
Diri..
1...
...


Saturday, June 2, 2012

Macam Manusia Ramai Tp...

Kalau org boleh..aku pon boleh..
Kalau org tidak boleh..tp aku masih lagi boleh..
Tu la istimewa aku, bkn nk puji diri..tp nk angkat bakul je
Kalau org buat baik..sudah tentu aku balas juga dengan kebaikan..malah lebih baik..
Kalau org buat tidak..aku berusaha untuk berbuat kepadanya..tp...
Kalau org menyenangkan hati ku..aku akan menyenangkan hatinya..bahkan lebih..
Kalau org menyusahkan hati..aku masih berusaha untuk menyenangkan hatinya..tp..
Aku ingin hidup dengan kehidupan aku..
Aku tidak mahu mengharapkan org lain..
Jika mereka mahu datang..mereka datang..rapat..
Jika mereka enggan..aku tidak paksa..kerana itu hak mereka 
Tapi kebanyakan mereka ramai yang datang..malahan ada saja yang tidak..
Masih ramai yang ingin..aku bersyukur masih ada mereka dan dia..
Itu saja semangat yang ada..aku syukur
Macam manusia ramai..aku ingin...

Saturday, May 26, 2012

Sabar la wahai hati..

Hati sudah keterlaluan..
Bercakap tanpa berfikir panjang..
Berlandaskan nafsu..binasa
Hati adalah raja..
Anggota adalah tentera..
Segala arahan dari hati..
Anggota lah yang melaksanakan..
Tangan menulis..hati yang cetuskan..
Kaki melangkah..hati yang arahkan..
Semua...hati..hati..
Sabar lah wahai hati..
Jadi hati yang di pandu dengan akal..
Gunakan akal sebelum bertindak...

Tuesday, November 15, 2011

Dalam Kenangan.........

April 2010...
Aku membeli phone baru model E63
Harga RM595+RM15 (screen cover)
Aku membelinya di Plaza Low Yat dengan abg aku
Setelah hampir setahun lebih menggunakan khidmatnya
Akhirnya...
Ia tidak lagi dapat berkhidmat untuk aku
Tangal tarikh 10/11/11 (khamis)
Aku telah kehilangan nya....
Aku yang menaiki motosikal untuk pulang dari kerja
Mendapati ia tiada dalam poket seluarku sebaik sahaja sampai di rumah
Aku terduduk,terpaku,terdiam,terkesima,terkejut
Tidak tahu apa yang harus aku lakukan
Waktu sudah hampir malam
Walaupn aku berusaha untuk mencari semula di jalan2 yang aku lalui
Apakan daya,jodoh aku dengan telefon aku tidak lama
Aku harus menerima taqdir yang telah di tetapkan...
Aku telah kehilangan telefon aku Nokia E63 yang telah berkhidmat untuk aku...




Ni lah gambaran secebis kenangan antara aku tentangnya
huhu

Saturday, July 30, 2011

Ramadhan dan Al Quran

Assalamualaikum wbt

Di kesempatan ini saya ini mengucapkan selamat berpuasa kepada semua
Muliakan lah tetamu agung ini kerana ia datang hanya setahun/sekali
Ia datang membawa banyak keberkatan, rahmat, maghfirah
Untuk hamba2 yang mengharapkan keampunan dari Allah swt
Bersedialah dari sekarang
Persediaan mental dan fizikal untuk mengalu2kan ketibaan bulan agung ini
Jgn lepaskan peluang, rebutlah peluang untuk beramal ibadat kerana
Ini ada pesta ibadah, yang menawarkan banyak promosi
Bulan tarbiah diri agar menjadi hamba yang lebih bertaqwa..Aminn

Sebut sahaja bulan tidak dapat di pisahkan dengan Al Quran
Al Quran adalah kitab Allah di turun kpd Nabi kita Muhammad saw melalui Malaikat Jibril
Pendapat mengatakan ia nya di turunkan pada malam Lailatul Qadr (lebih baik dr seribu bulan)
Ramadhan adalah bulan Al Quran
Malaikat datang untuk mendengar bacaan hafalan Rasulullah saw
Segala hafalan mesti di dengari supaya ia nya kekal dalam hati

Begitu jgk dengan kita yang hafal Al Quran
Salah satu cara untuk mengekalkan hafalan kita adalah dengan membaca ayat2 hafalan kita ketika dlm solat
Ni saya kongsikan sedikit teknik untuk penghafal ataupun Hafiz untuk di amalkan sama2

1. Jangan lupa baca doa:


اللَّھُمَّ ارْحَمْناَ بِالْقُرْآنِ وَاجْعَلْھُ لَناَ إِماَماً وَنُوراً وَھُدىً وَرَحْمَةً
اللَّھُمَّ ذَكِّرْناَ مِنْھُماَ نُسِّیْناَ وَعَلِّمْناَ مِنْھُمَا جَھِلْنَا وَارْزُقْناَ تِلاَوَتَھُ أَنَاءَ اللَّیْلِ وَأَطْرَافَ النَّھَارِوَاجْعَلْھُ لَناَ حُجَّةً یَا رَبَّ الْعَالَمِینَ.

“ Ya Allah Rahmatilah kami dengan Al Quran, jadikanlah ia pemimpin , cahaya
dan petunjuk dan rahmat bagi kami. Ya Allah ingatkanlah kami apa yang kami dilupakan , ajarilah kami apa tidak tahu dan berikanlah kami rezeki membacanya di sebelah malam dan di sebelah siang. Jadikanlah ianya hujjah bagi kami wahai Tuhan sekalian alam”.

2. Pastikan Al Quran kena ulang selalu. Baca banyak kali agar tidak lupa. Wat jadual ke. Hari baca ape esok baca ape.
3. Berusaha untuk memperbaiki bacaan, memahami makna, hukum dan hikamh yang terkandung di dalam setiap ayat.
4. Berusaha untuk beramal setiap ajaran yang di bawa dalam Al Quran
5. Jangan melihat perkara2 yang di larang contohnya gambar yang tidak senonoh, lucah dan sebagainya
6. Kepelbagaian dalam ulangan..contohnya melalui pendengaran
7. Menjaga tingkat laku kita, jgn selalu ketawa yang xingat dunia
8. Kne jaga makan, jangan makan banyak, makan pelik2 (syubhah jauhkan)
9. Jaga hubungan dengan Allah dan manusia
10. Berqiamullail dan membaca hafalan dalam solat
11. Niat yang betol

Insyaallah kita sama2 amalkan supaya hafalan kita berkekalan.  amin..

Selamat menyambut puasa yang akan tiba 2 hari lagi
Rebutlah peluang puasa kali agar ia menjadi puasa yang terbaik dalam hidup kita berbanding puasa yang lalu
Jom kita berlumba2 kepada kebaikan